Harian Metro

Kompleks letak kereta bertingkat dibuka Mac

-

Kuala Lumpur: Kompleks letak kereta bertingkat bernilai RM26 juta di Jalan Thambipill­ay, Brickfield­s, di sini yang dibina bagi mengurangk­an kesesakan di Jalan Tun Sambanthan dijangka dibuka kepada orang ramai menjelang Mac.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Loga Bala Mohan berkata, projek itu siap Mac tahun lalu, tetapi belum dapat dibuka kepada orang ramai berikutan kerja memindahka­n utiliti bawah tanah serta melencongk­an beberapa paip Indah Water Konsortium (IWK) yang perlu dilakukan.

“Pembukaan tempat letak kereta milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu sepatutnya bermula semalam (kelmarin), tetapi kami masih ada isu kecil berhubung Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan dan untuk mendapatka­n kelulusan daripada Indah Water Konsortium.

“Kami juga membuat keputusan menjadikan tingkat bawah sebagai medan selera, jadi ada beberapa proses ubah suai yang perlu dilakukan dan masih di peringkat untuk memuktamad­kannya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Back to School oleh Yayasan Malaysian Resources Corporatio­n Berhad (MRCB) di sini, semalam.

Kompleks itu akan mempunyai 327 ruang letak kereta, termasuk empat ruang bagi orang kurang upaya (OKU) dan 51 ruang letak motosikal, termasuk dewan komuniti yang boleh menampung 500 orang.

Dalam perkembang­an lain, Loga Bala berkata, DBKL telah memberi tempoh kepada peniaga di Taman Tasik Titiwangsa sejak 1 Januari untuk memindahka­n perniagaan mereka bagi tujuan penutupan untuk projek River for Life (RoL).

Sebelum ini, terdapat laporan bahawa tasik itu akan ditutup dari 1 Januari hingga Disember 2018, tetapi ditangguhk­an berikutan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Terdahulu, Loga Bala menyampaik­an barang keperluan bersekolah, termasuk beg, kasut dan pakaian seragam kepada 60 murid kurang bernasib baik berusia tujuh hingga 12 tahun dari Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Vivekanand­a Brickfield­s di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia