Harian Metro

Dua tak terlepas

„ Anggota Geng 21 Japan dihadapkan ke mahkamah

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

Selepas ketua dan tujuh ahli Geng 21 Japan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, tahun lalu, dua lagi lelaki dipercayai ahli geng itu dihadapkan ke mahkamah sama, semalam atas pertuduhan menganggot­ai kumpulan jenayah terancang.

Tertuduh, Law Koon Ping, 44, dan S Elango, 37, faham akan pertuduhan yang dihadapkan kepada mereka sejurus ia dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan oleh kedua-dua tertuduh.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, kedua-dua lelaki itu didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai Geng 21 Japan di Wilayah Iskandar di sini, antara 18 Januari 2015 dan 19 Ogos 2015.

Pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Kes berkenaan akan dibicaraka­n mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan akan dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi di sini.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Chen Lee Lee dan hanya Law diwakili peguam Anwar Raos.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, Elango pernah dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) manakala Law pernah dituduh mengikut Seksyen 302 KK, Seksyen 3 Akta Culik 1961 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1959.

Katanya, kedua-dua lelaki itu tidak dibenarkan jamin.

Pada 21 Julai 2016, lapan ahli Geng 21 Japan termasuk ketuanya yang bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan sama.

Tertuduh ialah Datuk K Elumalai, 43, bersama pengikutny­a, K Puvendran, 29, M Suresh, 40, S Rajandran, 40, S Jeeva, 27, R Shanuga Nathan, 38, R Ganabathy, 31, dan M Kishok Kumar, 26.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam satu kenyataan tahun lalu berkata, kumpulan terbabit aktif sejak 2015 dan disyaki terbabit dengan jenayah terancang ala mafia di negeri ini.

Beliau berkata, kumpulan itu terbabit dalam jenayah serius seperti pembunuhan, cuba membunuh, penculikan, pengedaran dadah serta memiliki senjata api dan peluru secara haram.

>>Tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan itu antara 18 Januari 2015 dan 19 Ogos 2015

 ?? FOTO: ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN ?? TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Majistret.
FOTO: ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Majistret.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia