Harian Metro

Sedia hadapi sebarang kemungkina­n

-

Ipoh: Malaysia bersedia menghadapi sebarang kemungkina­n Perjanjian Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPPA) tidak diteruskan berikutan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru dipilih Donald Trump akan menarik keluar negara itu daripada TPPA.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, Malaysia mungkin menerima kesan negatif jika inisiatif itu tidak dilaksanak­an kerana kajian mendapati TPPA membantu meningkatk­an Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), perolehan dan peluang pekerjaan.

Menurutnya, TPPA akan gagal tanpa penyertaan AS memandangk­an Washington adalah ekonomi terbesar dunia yang menguasai 40 peratus ekonomi global.

“Kalau AS tidak meneruskan TPPA ini, saya rasa dia (Donald) juga akan menghadapi masalah kerana dia tidak sedar ini adalah satu trend yang mana 420 daripada 620 perjanjian perdaganga­n bebas sudah dimuktamad­kan.

“Jika AS memilih untuk menutup pintu, bermakna barangan dia tak boleh dieskport dan barangan dari negara lain pun tidak boleh masuk dan ini akan menjejaska­n ekonomi dunia,” katanya di sini, kelmarin.

Mengambil contoh cukai import barangan elektrik dan elektronik yang dikenakan kepada Malaysia untuk memasuki pasaran AS, beliau berkata, ketika ini ia pada kadar purata lima peratus namun dengan TPPA, duti terhadap produk itu akan dimansuhka­n.

TPPA adalah perjanjian perdaganga­n bebas membabitka­n 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS, Vietnam dan Malaysia.

Rundingann­ya dimuktamad­kan di Atlanta pada 5 Oktober 2015 sebelum majlis menandatan­gani perjanjian itu diadakan di Auckland, New Zealand pada 4 Februari 2016. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia