Harian Metro

Dagangan dua hala

MCKIP dijangka tarik pelaburan RM10 bilion tahun ini

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Ramai bakal pelabur menunjukka­n minat terhadap

MCKIP

Soam Heng Choon

Taman Perindustr­ian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dijangka mampu menarik pelaburan bernilai RM10 bilion pada tahun ini.

Pengerusi MCKIP Sdn Bhd Datuk Soam Heng Choon berkata, projek ikon yang menjadi tanda kekukuhan perdaganga­n dua hala Malaysia-China itu juga terus menarik minat pelabur asing dan tempatan.

Menurutnya, setakat ini, MCKIP sudah memperoleh jumlah pelaburan terjamin RM19 bilion sejak 2013.

“Kemajuan pembanguna­n di MCKIP juga berjalan pada kadar memberangs­angkan dan bagi 2016, MCKIP berjaya menarik pelaburan berjumlah RM5.6 bilion yang dijangka mencipta lebih 24,000 peluang pekerjaan untuk komuniti setempat.

“Ramai bakal pelabur menunjukka­n minat terhadap MCKIP dan pada tahun ini, kami yakin dapat meningkatk­an lagi pelaburan,” katanya kepada media selepas pelancaran pejabat baru MCKIP, semalam.

Majlis perasmian itu disempurna­kan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur Datuk Seri Jebasingam Issace John dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade) Datuk Dzulkifli Mahmud.

Beliau berkata, pihaknya menjangkak­an pelaburan untuk tahun ini membabitka­n industri berat dan sederhana serta logistik.

Menurutnya, projek daripada industri berat akan mewujudkan kesan limpahan terhadap ekonomi yang akan menyediaka­n peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.

Beliau berkata, fasa pertama kilang keluli berkapasit­i 3.5 juta tan metrik yang kini dibangunka­n di taman perindustr­ian itu dijangka beroperasi akhir tahun ini.

“Kilang dengan pelaburan RM5.6 bilion itu dibangunka­n oleh pelabur perintis dan terbesar MCKIP, Alliance Steel (M) Sdn Bhd,” katanya.

MCKIP Sdn Bhd, pemaju induk MCKIP adalah usaha sama 51:49 antara konsortium Malaysia dan China. Konsortium Malaysia adalah perkongsia­n awam-swasta terdiri daripada IJM Land Bhd, Sime Darby Property Bhd dan kerajaan negeri Pahang yang diwakili Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang.

Konsortium China pula diterajui oleh konglomera­t milik negara Guangxi Beibu Gulf Internatio­nal Port Group dan Qinzhou Investment Developmen­t Co Ltd.

 ??  ?? ONG (kiri) bersama Soam (dua dari kiri) merasmikan pejabat MCKIP Kuala Lumpur, semalam.
ONG (kiri) bersama Soam (dua dari kiri) merasmikan pejabat MCKIP Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia