Harian Metro

Tanggung levi RM2b

-

Kuala Lumpur: Sektor pembinaan mungkin perlu menanggung kos tambahan lebih RM2 bilion setahun susulan peraturan baharu dengan majikan kini bertanggun­gjawab membayar levi pekerja asing mereka berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Presiden Master Builders Associatio­n Malaysia (MBAM) Foo Chek Lee berkata, kesan peraturan itu termasuk peningkata­n levi kepada RM1,850 bagi setiap pekerja asing diambil bekerja berbanding hanya RM1,200 sebelum ini.

Beliau berkata, keputusan itu yang dikuatkuas­akan di bawah Persekutua­n Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bagi memastikan majikan bertanggun­gjawab sepenuhnya terhadap pekerja mereka dari tempoh diambil bekerja hingga pulang ke negara asal.

Dengan pelaksanaa­n dasar itu, bermakna kos tambahan bagi industri sokongan lain yang boleh membawa kepada peningkata­n kos keseluruha­n bagi industri pembinaan.

“Jumlah yang besar itu akan menjejaska­n aliran tunai majikan dan menjadikan sektor pembinaan lebih mahal dan kurang kompetitif,” katanya.

Justeru, katanya, pihaknya tidak menolak akhirnya kos tambahan itu mungkin akan dipindahka­n kepada pembeli.

Beliau berkata, MBAM yang mewakili 32 persatuan kontraktor lain akan merayu kepada kerajaan untuk menarik balik dasar itu dan berbincang dengan industri pembinaan bagi keputusan yang produktif dan memberi manfaat kepada kerajaan dan peserta industri.

“Perubahan dalam pembayaran levi tidak akan memberi sebarang manfaat kepada rakyat. Pekerja asing tetap akan menghantar pulang ‘durian runtuh’ ke negara asal mereka.

“Kami percaya jumlah ini (RM2 bilion) boleh digunakan oleh industri tempatan untuk mengguna pakai teknologi baru dan jentera bagi meningkatk­an produktivi­ti, seterusnya mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pekerja asing dalam jangka masa panjang,” katanya.

 ??  ?? FOO
FOO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia