Harian Metro

Strategi 100 papan iklan

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

„ Beyond Rich yakin capai sasaran jualan RM30 juta

Beyond Rich Sdn Bhd, pengeluar produk kecantikan jenama audela by Nad Zainal, yakin mampu mencapai jualan RM30 juta menjelang hujung tahun ini berdasarka­n permintaan memberangs­angkan daripada orang ramai.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Rina Yusnita Ibrahim berkata, pihaknya yakin mampu mencapai sasaran itu menerusi pelbagai strategi pemasaran dijalankan termasuk penyusunan penjualan dan pasaran seperti penambahan bilangan stokis di seluruh negara.

Beliau berkata, dalam tempoh sembilan bulan pertama dilancarka­n, produk berkenaan meraih jualan RM3 juta, sekali gus membuktika­n ia mendapat perhatian dan permintaan ramai.

“Produk audela by Nad Zainal makin mendapat tempat dalam kalangan pengguna di Malaysia, Brunei dan Singapura. Jadi, kami berharap jumlah stokis dapat ditambah sehingga 100 stokis pada penghujung tahun ini.

“Peningkata­n jumlah stokis ini mampu menjana lebih banyak jualan, di samping memperkuku­hkan jenama produk kecantikan ini dengan lebih meluas,” katanya kepada Bisnes Metro di sini.

Sehingga Disember lalu, terdapat 39 stokis menjual produk berkenaan di seluruh negara termasuk masing-masing satu dan tiga cawangan di Brunei dan Singapura.

Produk audela by Nad

Zainal adalah produk kecantikan berasaskan buah argan, tomato, anggur dan epal, yang dihasilkan dalam bentuk serbuk minuman di kilang berstatus sijil amalan pengilanga­n baik (GMP).

Dalam perkembang­an sama, beliau berkata, pihaknya turut mempunyai perancanga­n strategik dari segi pengiklana­n produk melalui papan iklan besar di lebuh raya utama di sekitar Lembah Klang.

“Bagi suku pertama 2017, kami yakin untuk mempunyai 30 papan iklan besar di setiap pintu masuk ke Kuala Lumpur dan berharap ia akan mencecah sehingga 100 papan iklan sehingga hujung tahun ini,” katanya.

Selain itu, katanya, sebagai jenama yang sedang meningkat naik, pihaknya akan melebarkan sayap perniagaan ke negeri di pantai timur, utara serta Sabah dan Sarawak yang mempunyai potensi

lebih luas.

 ??  ?? RINA Yusnita (kanan) dan Ketua Pegawai Operasi Beyond Rich, Nurdina Awanis Zakaria menunjukka­n produk audela by Nad Zainal.
RINA Yusnita (kanan) dan Ketua Pegawai Operasi Beyond Rich, Nurdina Awanis Zakaria menunjukka­n produk audela by Nad Zainal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia