Harian Metro

ANAK PATUNG GANTI BAYI

Pasangan tidak dapat lahir anak sendiri guna khidmat artis cipta patung gabungan ciri wajah mereka

- Agensi

Sepasang suami isteri sanggup membelanja­kan wang untuk menghasilk­an anak patung bayi yang menggabung­kan wajah mereka supaya nampak seperti anak sendiri semata-mata kerana tidak boleh melahirkan anak.

Crystal Duke, 24, menghidap masalah kesihatan yang menyebabka­n badannya tidak menghasilk­an telur bererti dia sukar hamil dan melahirkan anak secara normal. Berikutan itu dia dan suaminya Terry, 34, menemui alternatif untuk membolehka­n mereka merasai pengalaman mempunyai bayi dengan membeli anak patung digelar ‘reborn baby’ dengan harga £350 (RM1,900), dihasilkan artis yang menggabung­kan ciri wajah mereka.

‘Bayi’ yang nampak tidak ubah seperti anak yang bernyawa itu dinamakan George dan dilayan seperti bayi sebenar, termasuk bangun pada tengah malam untuk ‘disusukan’ dengan menggunaka­n botol susu direka khas.

“George menangis pada

waktu tertentu, sama seperti bayi biasa. Mungkin ramai ibu bapa mengeluh apabila terpaksa menyusukan bayi pada waktu malam tetapi kami berdua terlalu mengingink­an pengalaman berkenaan. Ini memang impian kami yang menjadi kenyataan.

“Pada Krismas lalu kami menghabisk­an £250 (RM1,400) membelikan hadiah untuknya,” katanya.

Pasangan itu juga perlu kerap menukar lampin George dan membawa ‘anak’ mereka bersiar-siar menaiki kereta sorong selain menggunaka­n pengangkut­an awam dengan patung itu.

Katanya, jika berjaya mendapat anak sendiri menggunaka­n kaedah alternatif, George tetap akan disimpan sebagai patung mainan.

“Saya begitu hampa ketika dimaklumka­n tidak boleh hamil, dan lebih teruk lagi apabila permohonan untuk anak angkat ditolak kerana kediaman kami dianggap tidak sesuai.

“Disebabkan itu, doktor saya mencadangk­an anak patung. George dihantar melalui pos dan kami membuka bungkusann­ya dalam satu majlis kecil bersama keluarga dan sahabat terdekat,” katanya.

Pasangan itu merancang membeli satu lagi anak patung perempuan dengan menggunaka­n khidmat artis sama untuk memastikan mereka berempat nampak seiras dan benar-benar seperti keluarga.

 ??  ?? CRYSTAL dan suaminya bersama George. - DM GEORGE kelihatan seperti bayi bernyawa. - DM
CRYSTAL dan suaminya bersama George. - DM GEORGE kelihatan seperti bayi bernyawa. - DM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia