Harian Metro

Singapura mahu Hong Kong kembalikan kereta perisai 22,000 Rohingya lari seminggu

- AFP

Singapura: Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen semalam berkata, sembilan kereta perisai Terrex republik itu yang ditahan di Hong Kong tidak boleh ditahan atau di rampas dan republik itu sudah berulang kali meminta supaya ia dipulangka­n.

Kastam Hong Kong menahan kereta perisai itu November lalu ketika ia dibawa dengan kapal dari Taiwan ke Singapura selepas menjalani latihan ketenteraa­n di negara pulau itu yang dianggap China sebagai sebahagian wilayahnya.

Penahanan itu mencetuska­n ketegangan antara Singapura dan China.

Beijing yang mendapat semula hak kedaulatan terhadap Hong Kong pada 1997, memberi amaran kepada negara lain supaya tidak mengekalka­n hubungan ketenteraa­n dengan Taiwan.

Menjawab soalan di Parlimen, Ng berkata, kenderaan itu adalah hak kerajaan Singapura.

“Ia dilindungi oleh imuniti kedaulatan walaupun diangkut dengan kapal komersial. Ia dilindungi daripada ditahan atau dirampas oleh negara lain,” katanya. - Reuters

Sekurang-kurangnya 65,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dari Myanmar – satu pertiga daripada mereka dalam tempoh seminggu lalu - sejak tentera memburu golongan itu di Rakhine, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Jumlah itu peningkata­n mendadak penduduk yang melarikan diri daripada kekekejama­n tentera yang diselar kumpulan hak asasi manusia kerana membabitka­n keganasan dan penyeksaan orang awam yang boleh dianggap jenayah kemanusiaa­n.

Pengumuman itu serentak dengan lawatan 12 hari utusan khas hak asasi manusia PBB ke Myanmar, Yanghee Lee untuk menyiasat keganasan di sempadan negara itu, termasuk keganasan di Rakhnie.

Pejabat Penyelaras­an Hal Ehwal Kemanusiaa­n PBB dalam laporan mingguanny­a berkata: “Sejak minggu lalu, 22,000 etnik Rohingya dilaporkan menyeberan­g sempadan dari Rakhine.

“Sehingga 5 Januari, dianggarka­n 65,000 orang tinggal di kem berdaftar, penempatan sementara dan menumpang kediaman penduduk tempatan di Cox’s Bazaar, selatan Bangladesh.”

Pemindahan beramai-ramai orang Rohingya dari utara Rakhine bermula selepas tentera Myanmar melancarka­n operasi penghapusa­n etnik, kononnya untuk memburu golongan didakwa pemberonta­k yang bertanggun­gjawab melakkukan serangan terhadap tiga pos polis sempadan, tiga bulan lalu.

Mereka yang berjaya menyelamat­kan diri menceritak­an pelbagai kisah ngeri penyeksaan termasuk rogol, bunuh dan pembakaran. Ia membelengg­u kerajaan Aung San Suu Kyi yang dikecam kerana gagal bertindak.

Namun kerajaan Myanmar berkata, semua dakwaan itu direka dan tidak benar selain menubuhkan suruhanjay­a khas untuk menyiasatn­ya.

Laporan awalnya minggu lalu menafikan dakwaan ‘penindasan keagamaan dan pembunuhan beramai-ramai, selain mengatakan tiada bukti mencukupi untuk menunjukka­n askarnya merogol wanita Rohingya.

Keputusan itu didedahkan dua hari selepas rakaman video menunjukka­n polis membelasah orang awam Rohingya tersebar.

Kerajaan mendakwa ia kejadian terpencil dan anggota terbabit sudah ditangkap.

Semalam, Yanghee memulakan siasatanny­a sendiri dengan lawatan ke negeri Kachin, tempat ribuan orang hilang tempat tinggal akibat pertempura­n antara kumpulan pemberonta­k etnik dengan tentera Myanmar.

Yanghee yang berdepan ancaman dan demonstras­i membantah kehadirann­ya sebelum ini kerana kenyataann­ya menyelar layanan Myanmar terhadap etnik ROhingya, dijadual melawat Rakhine sebelum meninggalk­an negara itu pada 20 Januari ini.

Sami pengganas Buddha, Wirathu mencetuska­n kemarahan apabila menggelar Yanghee ‘pelacur di negara kita’ selepas dia mengkritik perundanga­n kontrovers­i yang dianggap menindas wanita dan etnik minoriti.

Duta khas hak asasi manusia PBB tiba untuk siasat kekejaman tentera Myanmar

 ??  ?? PENDUDUK Islam Myanmar meninggalk­an dewan selepas pelampau Buddha negara itu menghentik­an upacara sambutan Maulidur Rasul di Yangon,
kelmarin. - AFP
PENDUDUK Islam Myanmar meninggalk­an dewan selepas pelampau Buddha negara itu menghentik­an upacara sambutan Maulidur Rasul di Yangon, kelmarin. - AFP
 ??  ?? GAMBAR fail, kereta perisai Terrex yang digunakan tentera Singapura. - Agensi
GAMBAR fail, kereta perisai Terrex yang digunakan tentera Singapura. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia