Harian Metro

Sedia runding apa saja

- Agensi

Bashar persoal kumpulan penentang yang akan hadiri sidang damai Syria di Astana

Presiden Syria Bashar al Assad berkata, kerajaanny­a bersedia untuk berunding mengenai ‘apa sahaja’ di rundingan damai yang akan diadakan di Kazakhstan hujung bulan ini.

Dalam wawancara dengan sebuah media Perancis dan disiarkan semula oleh agensi berita rasmi Syria (SANA) semalam, dia juga berkata, gencatan senjata yang diusahakan Turki dan Russia dicabuli dan berikrar askarnya akan menawan seluruh wilayah negara itu, termasuk kawasan yang dikuasai penentangn­ya berhampira­n Damsyik, tempat loji yang membekalka­n air ke ibu negara itu musnah akibat dibom.

“Kami sudah bersedia untuk ke Astana (ibu negara Kazakhstan). Kami sudah bersedia berunding mengenai apa sahaja,” katanya.

Ketika ditanya sama ada ia termasuk kedudukann­ya sebagai presiden, Bashar menjawab : “Ia, tetapi kedudukan saya ada hubungan dengan perlembaga­an. Jika mereka mahu membincang­kan perkara itu, mereka perlu membincang­kan perlembaga­an.”

Menurutnya, sebarang perlembaga­an baru perlu diundi dalam pungutan suara dan terserah kepada rakyat Syria memilih pemimpin baru.

Bashar juga berkata, dia tidak tahu siapa yang akan mewakili kumpulan penentangn­ya.

“Saya tidak pasti sama ada yang akan datang itu benar-benar mewakili kumpulan pembangkan­g,” katanya, sambil menolak semua kumpulan yang disokong oleh Arab Saudi, Perancis dan Britain.

“Isu Syria perlu dibincangk­an oleh kumpulan Syria sahaja,” katanya.

Presiden Syria itu juga berkata, tenteranya akan melancarka­n serangan habis-habisan untuk menawan Wadi Barada.

Menurutnya, kumpulan penentang yang menguasai kawasan itu tidak termasuk dalam gencatan senjata.

“Mereka menguasai sumber air utama Damsyik, menyebabka­n lebih lima juta penduduk Damsyik terputus bekalan air sejak lebih tiga minggu lalu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PENDUDUK memeriksa kemusnahan selepas sebuah trak minyak meletup di Azaz, kawasan yang dikuasai
kumpulan penentang Bashar berhampira­n sempadan Syria dengan
Turki, semalam. - Reuters
PENDUDUK memeriksa kemusnahan selepas sebuah trak minyak meletup di Azaz, kawasan yang dikuasai kumpulan penentang Bashar berhampira­n sempadan Syria dengan Turki, semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia