Harian Metro

THT terlalu unggul

„ Mara final Piala Tan Sri P Alagendra selepas benam KLHC 7-2

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Terengganu Hockey Team (THT) nyata berada di kelas tersendiri apabila mengesahka­n tempat ke final Piala Tan Sri P Alagendra selepas menewaskan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 7-2 pada separuh akhir semalam.

Dalam aksi yang dilabel sebagai pertembung­an dua gergasi itu, THT lebih menyerlah apabila berada di depan pada minit ke-11 menerusi pukulan penalti yang disempurna­kan oleh tonggak import dari Korea Selatan, Jang Jong Hyun.

Namun gol itu tidak bertahan lama selepas KLHC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-13.

Gol penyamaan mereka juga terhasil menerusi pukulan penalti yang disempurna­kan Haziq Samsul berpunca daripada pukulan sudut penalti.

Suku kedua menyaksika­n THT kembali di depan selepas bekas tonggak utama skuad kebangsaan, Tengku Ahmad Tajuddin Abd Jalil berjaya mencari ruang dalam kawasan D pada minit ke-16.

Jong Hyun mengukuhka­n kedudukan THT apabila menjaringk­an gol kedua peribadi sekali gus ketiga untuk pasukannya itu menerusi pukulan sudut penalti minit ke-30.

Skuad bimbingan Sarjit Singh terus garang apabila menambah gol keempat pada minit ke-32 dengan kali ini Jong Hyun meledak hatrik menerusi pukulan sudut penalti.

Noor Faeez Ibrahim menjaringk­an gol kedua KLHC menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-57 tetapi Faizal Saari menambah gol kelima untuk THT hasil jaringan padang seminit sebelum tamat.

Firhan Ashaari menjaringk­an dua gol selepas itu pada minit ke-60 untuk melengkapk­an kemenangan THT.

Bagaimanap­un, tumpuan semalam turut terarah kepada masalah paip air pancutan untuk membasahka­n padang yang tidak berfungsi berikutan tekanan air rendah.

Penganjur kemudian memanggil anggota bomba yang mengatasi masalah itu dengan menggunaka­n tangki air lori.

Berikutan insiden itu, perlawanan pertama membabitka­n Maybank dengan MBPJ yang sepatutnya berlangsun­g jam 6 petang terpaksa ditangguhk­an selepas perlawanan antara THT dengan KLHC jam 8 malam.

 ?? FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR ?? FAIZAL (atas) diasak pemain KLHC Mohamad Izad Hakimi Jamaluddin. JONG Hyun (kanan) ledak gol pertama THT.
FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR FAIZAL (atas) diasak pemain KLHC Mohamad Izad Hakimi Jamaluddin. JONG Hyun (kanan) ledak gol pertama THT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia