Harian Metro

Puas julang trofi J

- AFP

Sydney: Bintang tenis Sepanyol Rafael Nadal menyatakan dia lebih senang memancing di rumah jika tidak lagi berhasrat mencabar nama-nama besar tetapi semangatny­a masih belum luntur biarpun dibelenggu kecederaan.

Pemain berusia 30 tahun itu menjulang 14 gelaran Grand Slam sepanjang karier gemilangny­a tetapi kejayaan terakhir hadir pada Terbuka Perancis 2014 dan kempen 2016 terjejas akibat masalah kecederaan pergelanga­n tangan.

Ramai menyangka zaman gemilangny­a sudah berlalu tetapi Nadal masih yakin menjelang Terbuka Australia di Melbourne minggu depan.

“Jika saya percaya saya tidak berpeluang dalam tempoh 11 bulan ini, saya akan pulang memancing,” katanya.

“Matlamat saya adalah cuba untuk melengkapk­an perkara utama dan bertanding untuk kejohanan penting, saya sedar saya perlu menewaskan mereka,” katanya merujuk kepada Andy Murray dan Novak Djokovic.

“Jika saya bekerja keras dan mempunyai motivasi dan semangat untuk berjuang, saya rasa jika saya gembira bekerja dengan cara yang saya inginkan, saya boleh lakukannya.”

Selepas bertanding di Doha buat kali ketujuh dalam lapan tahun terakhir, Nadal memilih untuk memulakan kempen tahun ini di Kejohanan Antarabang­sa Brisbane untuk menyesuaik­an diri dengan suasana di Australia.

Namun dia tewas pada suku akhir minggu lalu di tangan Milos Raonic dan rankingnya kini jatuh ke tangga kesembilan. - AFP Sydney: Pemain nombor enam dunia dari Slovakia Dominika Cibulkova tewas hanya dua permainan dalam cuaca panas terik sebelum memenangi perlawanan pertama pada Kejohanan Antarabang­sa Sydney semalam.

Dominika yang menewaskan pemain nombor satu dunia Angelique Kerber untuk menjuarai pusingan akhir WTA di Singapura Oktober lalu menang mudah ke atas pemain nombor 31 dunia dari Jerman Laura Siegemund 6-2, 6-0.

Dominika, yang tewas kepada pemain China Li Na pada final Terbuka Australia 2014, akan menentang pemain wildcard Kanada Eugenie Bouchard pada pusingan kedua kejohanan WTA menjelang Terbuka Australia minggu depan.

“Apabila anda memulakan kempen sesuatu musim, anda sentiasa memulakann­ya dengan keyakinan, bukan kebimbanga­n tapi anda perlu mencari rentak perlawanan,” kata Dominika. ustin Thomas berjaya menewaskan Hideki Matsuyama untuk menjulang gelaran ketiga Jelajah PGA Amerika Syarikat dengan 69 pukulan pada pusingan terakhir Kejohanan Juara-Juara, semalam.

Thomas yang mencatat empat bawah par memberikan­nya 22 bawah par 270 keseluruha­n dan tiga pukulan mengatasi pemain Jepun Matsuyama yang tiba di Hawaii selepas menjuarai empat daripada lima kejohanan di seluruh dunia.

Malah, Thomas menjadi satu-satunya pemain yang menewaskan Matsuyama sepanjang siri kejohanan terbabit di Kejohanan CIMB Classic di Kuala Lumpur, tiga bulan lalu.

Namun, pemain AS berusia 23 tahun itu perlu melepasi beberapa detik genting dalam sembilan lubang terakhir untuk menewaskan Matsuyama yang memulakan hari kedua di belakang Thomas dan mencatat tiga bawah par 70 untuk 273 pukulan keseluruha­n.

“Bukan mudah untuk menjangkak­an dapat beraksi seperti final WTA menentang Kerber, saya rasa harapan

Bekas pemain nombor satu dunia dan juara bertahan Jordan Spieth mencatat pusingan terbaik kejohanan dengan 65 pukulan pada pusingan akhir, mendahului tiga pemain berkongsi tempat ketiga dengan 276 pukulan bersama-sama Pat Perez, yang melakukan 67 pukulan dan Ryan Moore (71).

Juara Terbuka AS Dustin Johnson, Patrick Reed dan Brendan Steele pula ketinggala­n satu pukulan.

Thomas mencatat tiga birdie dalam sembilan lubang pertama. Selepas bogey pada lubang ke-10 serta birdie pada lubang ke-11 dan 13, dia mendahului lima pukulan berbanding Matsuyama dengan 22 bawah par.

“Rasa sungguh hebat,” kata Thomas, yang mencatat gelaran pertamanya di AS selepas kemenangan berturut-turut CIMB Classic.

“Saya sebenarnya lebih banyak melakukan kesilapan di beberapa lubang, tapi saya fikir ia membuktika­n di mana kedudukan permainan saya ketika ini.

“Saya berdepan masalah tapi masih mampu menyelesai­kannya.”

„ Thomas bergelut atasi Matsuyama sebelum muncul juara

itu terlalu tinggi.

“Ini masanya anda perlu memanaskan badan dalam perlawanan.”

Dominika yang tewas kepada Agnieszka Radwanska pada final di Sydney empat tahun lalu, tewas pada suku akhir Kejohanan Antarabang­sa Brisbane minggu lalu di tangan pemain Perancis Alize Cornet dua set terus. - AFP

 ?? Justin Thomas ?? Saya sebenarnya lebih banyak melakukan kesilapan di beberapa lubang, tapi saya fikir ia membuktika­n di mana kedudukan permainan saya ketika ini”
Justin Thomas Saya sebenarnya lebih banyak melakukan kesilapan di beberapa lubang, tapi saya fikir ia membuktika­n di mana kedudukan permainan saya ketika ini”
 ?? Dominika Cibulkova ?? Bukan mudah untuk menjangkak­an dapat beraksi seperti final WTA menentang Kerber”
Dominika Cibulkova Bukan mudah untuk menjangkak­an dapat beraksi seperti final WTA menentang Kerber”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia