Harian Metro

Ayuh kejar Real: Suarez

- AFP

Penyerang Barcelona Luis Suarez menegaskan kelab Catalan itu ‘bertanggun­gjawab’ untuk mengejar Real Madrid di puncak La Liga Sepanyol meskipun semakin jauh ketinggala­n berbanding juara Eropah itu selepas seri 1-1 dengan Villarreal, kelmarin.

Malah jaringan hasil sepakan percuma Lionel Messi tidak mampu menghalang Barca daripada ketinggala­n lima mata berbanding Madrid, yang mempunyai baki

tengah)

(gambar

satu perlawanan selepas Nicola Sansone meletakkan Villarreal di depan sebaik selepas rehat.

Keputusan seri itu melengkapk­an aksi hambar buat Barca pada tahun baru selepas tewas perlawanan pertama Piala Raja Sepanyol di tangan Athletic Bilbao, Khamis lalu.

“Kami sedar kami adalah Barcelona dan bertanggun­gjawab berjuang merebut semua gelaran,” kata Suarez.

Barca menanti kunjungan Bilbao pada aksi timbal balik awal pagi Khamis ini dengan harapan mengelak daripada tersingkir buat kali pertama kepada pasukan selain Madrid sejak 2008.

“Apa yang penting sekarang adalah aksi Piala pada Rabu (awal pagi Khamis),” ujar Suarez.

“Kami perlu bersungguh-sungguh sejak minit pertama untuk menang dan layak.”

Suarez gagal menemui sentuhan di depan gawang seperti rakan penyerang Barca Neymar dan Messi.

“Mereka membuktika­n musim lalu betapa mereka sukar ditentang di laman sendiri. Kami mempunyai peluang pada babak kedua tapi gagal menyempurn­akannya

„ Penyerang Barca gesa rakan buru kemenangan

hinggalah Leo melakukan jaringan,” kata Suarez.

“Kami mensia-siakan dua mata tapi kami perlu bekerja keras.”

Pengurus Barca Luis Enrique percaya skuadnya sudah melakukan yang terbaik untuk memenangi perlawanan biarpun gagal memantapka­n serangan dan rapuh di bahagian pertahanan musim ini.

“Tidak syak lagi saya fikir kami berhak menang perlawanan ini,” tegasnya. Paris: Pemain tengah Sofiane Boufal menarik diri daripada skuad Maghribi bagi Piala Negara Afrika kerana kecederaan, menyertai seorang lagi pemain tengah berpengaru­h Younes Belhanda.

Bintang Southampto­n Boufal, 23, berada di kem latihan di Emiriah Arab Bersatu, yang mana Maghribi membuat persiapan bagi perlawanan persahabat­an menentang Finland.

“Sofiane Boufal meninggalk­an kem di Al-Ain pagi ini selepas mengesahka­n kecederaan­nya dan tidak mampu menyertai Piala Negara Afrika,”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia