Harian Metro

Higuain, Dybala ceriakan penyokong Juve

-

Milan: Gonzalo Higuain menjaringk­an dua gol manakala Paulo Dybala menyempurn­akan sepakan penalti pada babak pertama bagi membantu Juventus mengatasi AS Roma empat mata hasil kemenangan selesa 3-0 ke atas Bologna di Turin.

Pada perlawanan kompetitif pertama mereka sejak tewas Piala Super Itali kepada AC Milan di Doha beberapa hari sebelum Krismas, Juventus beraksi tanpa Gianluigi Buffon, Leonardo Bonucci, Dani Alves dan Patrice Evra untuk menanti kunjungan anak buah Roberto Donadoni.

Namun Bologna menewaskan Juve buat kali terakhir pada Februari 2011 dan harapan mereka untuk mencabar lawan musnah seawal minit ketujuh apabila hantaran Miralem Pjanic kepada Higuain disambut sepakan voli pantas pemain Argentina itu melepasi jangkauan Antonio Mirante.

Dybala menggandak­an gol Juve beberapa minit sebelum rehat dengan rembatan leret ke sudut gawang selepas Stefano Sturaro mendapat penalti apabila berlaga dengan Marios Oikonomou.

Higuain meletakkan pasukan jauh di depan apabila tidak berdepan masalah menanduk masuk melepasi Mirante daripada hantaran Stephan Lichsteine­r pada minit ke-55 susulan gerakan hebat serangan balas yang membuatkan Bologna terumbang-ambing.

Jaringan ke-12 Higuain membolehka­nnya menghampir­i dua gol di belakang pendahulu penjaring terbanyak yang juga rakan senegara Mauro Icardi dari Inter Milan.

“Saya gembira dengan keputusan itu kerana Roma hampir mendapat mata dan biarpun kami berkelebih­an satu perlawanan, memenangi perlawanan ini amat penting,” kata Higuain. AFP menurut satu kenyataan persekutan bola sepak Maghribi tetapi tidak menyatakan butiran kecederaan itu.

“Dia akan digantikan dengan pemain lain yang namanya akan diumumkan kemudian.”

Boufal, yang menyertai Southampto­n dari kelab Perancis, Lille pada musim panas lalu, dilihat sebagai watak penting dalam skuad Maghribi selepas tulang ibu jari kaki Belhanda retak sebelum Krismas yang menyebabka­nnya tidak dapat beraksi selama enam minggu. - AFP

 ??  ?? HIGUAIN jaring gol seawal minit ketujuh perlawanan.
HIGUAIN jaring gol seawal minit ketujuh perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia