Harian Metro

HUKUMAN TERRY TERLALU BERAT

- AFP

„ Chelsea mungkin buat rayuan terhadap kad merah Terry

London

Pengurus Chelsea Antonio Conte menegaskan kelabnya mungkin membuat rayuan terhadap kad merah yang dilayangka­n kepada John Terry sewaktu pendahulu Liga Perdana Inggeris itu menewaskan Peterborou­gh United 4-1 dalam saingan Piala FA Inggeris.

Terry, yang membuat penampilan pertamanya dalam tempoh dua bulan dibuang padang pada minit ke-67 di Stamford Bridge kelmarin selepas mengasari penyerang Peterborou­gh Lee Angol secara tidak sengaja.

Namun Conte percaya pertahanan tengah berusia 36 tahun itu yang akan tamat kontrak akhir musim ini, menerima hukuman terlalu berat dan mempersoal­kan tindakan pengadil Kevin Friend.

“Saya fikir tindakan pengadil tidak betul,” ujar pengurus Chelsea itu.

“Dia tidak mengasari lawan dan sebab keduanya di belakang John ada Branislav Ivanovic yang melindungi pergerakan­nya.

“Kasihan apabila perkara seumpama ini berlaku kerana kad merah bukan sesuatu yang bagus. Anda perlu menghormat­i keputusan pengadil tapi dalam hal ini mungkin kami akan mengemukak­an rayuan.

“Situasi ini begitu jelas dan saya fikir John tidak sepatutnya dihukum.”

Terry diketepika­n akibat kecederaan pada awal November dan menjadi penonton ketika Chelsea mendaki ke puncak liga dengan 13 perlawanan tanpa kalah.

Masa depan bekas pemain England itu selepas musim ini masih tidak menentu tetapi Conte berkata, masih terlalu awal untuk membincang­kan mengenai kontrak baharu.

Chelsea mendahului menerusi jaringan Pedro Rodriguez, Michy Batshuayi dan Willian sebelum

Terry dibuang padang.

Tom Nichols membalas jaringan untuk pasukan divisyen tiga Peterborou­gh, namun Pedro melengkapk­an kemenangan dengan gol kedua.

 ??  ?? FRIEND (kanan) melayangka­n kad merah kepada Terry. TERRY (kanan) menjatuhka­n Angol.
CONTE
FRIEND (kanan) melayangka­n kad merah kepada Terry. TERRY (kanan) menjatuhka­n Angol. CONTE
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia