Harian Metro

MBPP uji kemampuan skuad futsal kebangsaan

-

sebagai persiapan terakhir sebelum memulakan kalendar 2017 dengan bertemu Johor Darul Ta’zim dalam saingan Piala Sumbangsih minggu depan. Kuala Lumpur: Skuad futsal kebangsaan berada di Pulau Pinang bagi perlawanan persahabat­an menentang Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan Futsal AFF di Bangkok dari 23 hingga 29 Januari ini.

Ketua jurulatih negara Chiew Chun Yong berkata, selain aksi bertemu pasukan yang baru saja melayakkan diri ke Liga Futsal Kebangsaan 2017 itu, kunjungan ke Pulau Pinang selama empat hari turut diselitkan dengan program kem bina semangat.

“Selain perlawanan persahabat­an bertemu MBPP esok (hari ini), kami turut melakukan program bina semangat serta aktiviti fizikal dan latihan di pantai bagi meningkatk­an semangat sepasukan serta tahap mentaliti pemain,” katanya semalam.

Jelasnya, selepas pulang ke Kuala Lumpur Khamis ini mereka akan menghadapi perlawanan persahabat­an tempatan terakhir bertemu Pahang di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam Jumaat ini.

Sejak dikumpulka­n untuk kem latihan pusat bermula 22 Disember lalu, skuad negara menang semua empat perlawanan persahabat­an tempatan bertemu UPSI 12-0 (30 Disember), KL Petaling Putra 12-2 (31 Disember), Kuantan Rangers 5-2 (7 Januari) dan Kuala Lumpur TPD 13-0 (8 Januari).

Skuad Harimau Malaysia berlepas awal ke Bangkok Ahad ini bagi menghadapi tiga perlawanan persahabat­an bertemu Chonburi FC, Bangkok FC dan Royal Thai Navy FC sebelum memulakan cabaran pada Kejuaraan Futsal AFF.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia