Harian Metro

Usia bukan penghalang

- Daripada Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Pemain Pulau Pinang Faiz Subri masih lagi memasang impian untuk beraksi di luar negara meskipun faktor usia mungkin sedikit membataska­n apa yang diinginkan sejak kecil itu.

Penyerang berusia 29 tahun itu mengakui pencapaian­nya hingga berjaya bersaing dalam anugerah Puskas 2016 bukan tiket automatik untuk memikat kelab luar negara namun sekurang-kurangnya ia mungkin boleh membuka mata kepada dunia bahawa pemain Malaysia juga memiliki kemampuan tersendiri.

“Cita-cita itu masih ada, Insya-Allah kita cuba. Jika ada peluang

(luar negara) saya akan pertimbang­kan,” katanya ketika ditemui Arena

Metro semalam.

Faiz yang berasal dari Ayer

Hitam, Kedah memulakan karier profesiona­l bersama Perlis pada 2010 sebelum menyertai T-Team, Kelantan, Terengganu dan kini Pulau Pinang.

Dia tidak pernah beraksi dengan skuad kebangsaan meskipun pernah dipanggil menyertai latihan pusat pada 2013 dan 2015.

Bagaimanap­un namanya kini bukan saja menjadi sebutan peminat tempatan malah antarabang­sa berikutan fenomena yang dicetuskan­nya menerusi jaringan gol menakjubka­n hingga berada dalam senarai finalis anugerah Puskas 2016 pada majlis Anugerah Bolasepak FIFA 2016 awal pagi tadi.

Turut bersaing

„ Faiz idam beraksi di pentas antarabang­sa

merebut anugerah berprestij itu adalah pemain Brazil Marlone dan Daniuska Rodriguez dari Venezuela.

Faiz berharap kehadirann­ya yang dianggap pemain kerdil dalam Anugerah Terbaik FIFA boleh memberi ruang bukan saja kepada dirinya malah pemain Malaysia untuk melangkah lebih jauh.

“Kalau ditanya kepada impian, saya memilih untuk ke MU (Manchester United), kalau tak pun dengan mana-mana kelab di Liga Inggeris.

“Tapi itu impian saya, kalau saya tak dapat sekali pun, saya percaya apa yang saya capai ketika ini boleh membuka mata kepada orang luar untuk memberi peluang kepada pemain kita beraksi di luar,” jelasnya.

 ??  ?? FAIZ bersama isteri dan dua anaknya di hotel penginapan mereka di Zurich.
FAIZ bersama isteri dan dua anaknya di hotel penginapan mereka di Zurich.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia