Harian Metro

Aqasha aktif semula menyanyi

Bergerak bersama kumpulan Real Budiman turut dianggotai rakan sekolahnya

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Tahun ini membuka lembaran baru dalam kerjaya pelakon Aqasha apabila dia mahu aktif dalam bidang nyanyian.

Sebelum bergelar pelakon, Aqasha terlebih dahulu dikenali sebagai penyanyi selepas menyertai pertanding­an Bintang RTM pada 1999.

Bertahun-tahun tidak muncul dengan lagu baru, Aqasha kini bergerak secara ‘indipenden­t’ atau indie bersama kumpulan Real Budiman yang turut dianggotai rakan sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 24, Shah Alam.

“Saya mula menubuhkan kumpulan ini sejak 2015. Ketika itu kami ada ‘reunion’ dan pada malam itu kami membuat persembaha­n. Melihatkan maklum balas yang diterima, saya terfikir ada baiknya jika kumpulan ini dikekalkan.

“Sejak itu Real Budiman terus bergerak secara indie, cuma buat masa sekarang kami menyanyika­n lagu ‘cover version’ yang boleh ditonton di YouTube.

Malah, kami juga mendapat jemputan untuk membuat persembaha­n di sekitar Shah Alam,” katanya yang juga penyanyi kumpulan itu.

Tidak terhenti setakat itu, Aqasha yang kini menjalani penggambar­an drama Misi Laksam dan Laksa berkata, Real Budiman juga bakal memulakan proses rakaman lagu baru bulan depan.

Menurut Aqasha, sebagai permulaan mereka merakamkan lima lagu sebelum memulakan sesi promosi di seluruh Semenanjun­g Malaysia.

“Walaupun empat anggota lain bekerja dalam bidang berbeza, tapi masingmasi­ng mempunyai minat mendalam terhadap muzik dan memang berkeboleh­an bermain alat muzik,” katanya.

Ditanya mengenai syarikat penerbitan yang dimiliki bersama Khir Rahman dan Sein Qudsi, Aqasha menjelaska­n ketika ini mereka belum ada sebarang perancanga­n menerbitka­n filem baru.

“Selepas filem Bangunan pada 2015, kami belum terfikir nak terbitkan filem lain. Bukan apa untuk menerbitka­n sesebuah filem ia memerlukan kos tinggi dan perbelanja­an besar. Kami tidak ada dana dan disebabkan itu kami memberi fokus kepada kerjaya lakonan masingmasi­ng.

“Cuma syarikat kami masih beroperasi dengan memberikan khidmat suntingan, ‘colourgrad­ing’ dan rekaan bunyi,” katanya.

TERINGIN TAMBAH ANAK

Aqasha bersyukur apabila perkahwina­nnya dengan Noor Baizura Mohd Sabri yang kini berusia tujuh tahun semakin bahagia.

Sepanjang tempoh itu, pasangan ini dikurniaka­n sepasang cahaya mata iaitu Alehandra Ahmad, 6, dan Alaena Ayesha, 5.

“Diakui kehidupan rumah tangga tak semudah yang disangka. Kami mengutamak­an komunikasi dan toleransi. Sebagai pasangan suami isteri juga tak boleh wujud soal siapa betul dan salah. Apa yang penting adalah perlu bertolak ansur,” katanya.

Mengenai anak pula, Aqasha merancang untuk menambah bilangan anak selepas kedua-dua anaknya itu bersekolah.

“Kehadiran anak dalam keluarga sedikit sebanyak menjadikan hubungan suami isteri itu lebih baik. Bagi yang belum dikurniaka­n anak, itu satu cabaran terutama nak mengekalka­n hubungan. Perkahwina­n mengajar kita untuk menerima pasangan seadanya. Bukan saja kelebihan tapi juga kekurangan yang dimiliki.

“Jadi kalau bercakap soal nak tambah anak, perancanga­n ke arah itu ada tapi bukan sekarang. Kena tunggu masa sesuai. Mungkin selepas kedua-dua anak melangkah ke alam persekolah­an baru boleh merancang,” katanya.

Saya mula menubuhkan kumpulan ini sejak 2015. Ketika itu kami ada ‘reunion’ dan pada malam itu kami membuat persembaha­n. Melihatkan maklum balas yang diterima, saya terfikir ada baiknya jika kumpulan ini dikekalkan

Aqasha

 ??  ??
 ??  ?? AQASHA (dua dari kiri) bersama anggota kumpulan Real Budiman.
AQASHA (dua dari kiri) bersama anggota kumpulan Real Budiman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia