Harian Metro

La La Land bolot 7 trofi

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Kali terakhir sebuah karya menggondol enam trofi Anugerah Golden

Globe ialah filem Midnight Express, 37 tahun lalu.

Semalam, acara kemuncak Anugerah

Golden Globe ke-74 menyaksika­n filem muzikal La La Land arahan Damien Chazelle memecah rekod terbabit dengan membawa pulang tujuh trofi.

Berlangsun­g di Beverly Hills, Amerika Syarikat, filem itu mendominas­i tujuh pencalonan­nya termasuk Filem Komedi Muzikal Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Manakala dua bintang La La Land, Emma Stone dan Ryan Gosling masingdino­batkan masing sebagai Pelakon Muzikal dan Komedi Terbaik.

Muzikal itu memaparkan kisah percintaan era moden di antara Sebastian Wilder dan Mia Dolan selepas bertemu di lebuh raya.

Menurut New York Times, selepas 1979, jumlah anugerah paling banyak pernah dimenangi sesebuah filem dan drama hanyalah empat.

Bagaimanap­un, filem Moonlight yang mengisahka­n kehidupan pemuda gay AfrikaAmer­ika di kawasan kejiranan miskin dianggap tidak bernasib baik kerana hanya memenangi satu daripada enam pencalonan iaitu Filem Drama Terbaik.

Begitu juga dengan filem Manchester by the Sea yang membawa pulang satu trofi daripada lima pencalonan apabila pelakon Casey Affleck diangkat sebagai Pelakon Drama Lelaki Terbaik.

Ketika menerima trofi, Gosling, 36, mendedikas­ikan anugerah itu kepada isterinya, Eva Mendes serta abang iparnya, Juan Carlos yang meninggal unia akibat kanser pada ei lalu.

“Ketika saya seronok erlakon, menyanyi, menari an bermain piano, isteri ang hamil sibuk menjaga anak. Pada masa sama, dia juga perlu menguruska­n abangnya yang menderita kanser,” katanya.

Emma, 28, mahu berkongsi kemenangan­nya dengan individu yang berdepan pelbagai rintangan demi mencapai impian dalam bidang seni.

“Filem ini sesuai untuk individu yang gemar berangan. Bagi saya, kreativiti dan harapan adalah dua perkara paling penting dalam dunia,” katanya.

THE NIGHT MANAGER MENANG BESAR

Bagi kategori televisyen pula, pengumuman The People v. O.J. Simpson sebagai Siri Mini atau Telefilem Terbaik sudah dijangka ramai.

Pelakonnya, Sarah Paulson diiktiraf sebagai Pelakon Wanita Siri Mini atau Telefilem Terbaik menerusi lakonannya sebagai Marcia Clark.

Siri enam episod The Night Manager turut mencatatka­n pencapaian baik apabila membawa pulang tiga trofi meskipun ia bukan kategori utama.

Ia menerima trofi bagi Pelakon Lelaki Siri Mini atau Telefilem Terbaik (Tom Hiddleston), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Olivia Colman) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Hugh Laurie).

Program televisyen United Kingdom,

The Crown yang mengetenga­hkan kehidupan Ratu Elizabeth ll ketika zaman mudanya

 ??  ?? MERYL Streep
MERYL Streep

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia