Harian Metro

Tasha tunjuk bakat cipta lagu

-

Selepas menempa nama sebagai penyanyi duet, kini Tasha Manshahar tampil dengan album solo berjudul Bukan Aku.

Menampilka­n enam lagu baru dan sudah popular di radio tempatan, Bukan Aku turut menampilka­n beberapa lagu baru dan dua daripadany­a adalah ciptaan sepenuhnya penyanyi ini sendiri.

Paling menarik perhatian adalah single Bukan Aku yang bergenre balada kerana ia berbeza berbanding lima lagu lain.

Menerusi lagu Bukan Aku, pendengar akhirnya berpeluang mendengar kemampuan vokal Tasha dalam melantunka­n lagu balada.

Lirik yang disampaika­n Tasha dalam lagu ini juga penuh emosi kerana ia bercerita mengenai gadis yang melepaskan cintanya kerana mahu yang terbaik untuk kekasihnya.

Susunan muzik oleh Ammar Habir ini ada naik dan turun sekali gus menarik perhatian untuk mendengarn­ya berulang kali sebelum melangkah ke trek seterusnya.

Sebuah lagi lagu ciptaan Tasha adalah Masih Perlu yang disajikan dalam bentuk akustik.

Berbanding Bukan

Aku, Masih Perlu yang mendapat sentuhan magis penyusun muzik, AG Coco ternyata ada tarikannya.

Tidak lari jauh daripada lagu terdahulu Tasha, Masih Perlu dilihat mengekalka­n identiti Tasha.

Selain Bukan Aku dan Masih Perlu, turut dimuatkan lagu Oh No duet bersama Viral, Ragu Ragu duet (Syed Shamim), Terima Kasih Cinta (RJ) dan lagu solo Cinta Apa Adanya.

Menurut Tasha, album solonya ini lebih berat dan memaparkan sisi matangnya sebagai penyanyi.

“Sebelum ini saya banyak menyanyika­n lagu rancak dan ‘catchy’ namun menerusi album Bukan Aku saya selitkan lagu balada,” katanya.

Album: Bukan Aku Artis: Tasha Manshahar Susunan muzik: DJ Fuzz, Ammar Habir & AG Coco Edaran: FMC Music

Sdn Bhd

2 lagu ciptaan sepenuhnya daripada penyanyi ini dalam album solo

pertama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia