Harian Metro

CABARAN BESAR MENANTI

Johan setiap kategori perlu sampaikan lagu genre berbeza pada Pentas Epik 3 Juara

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Ahad lalu, berlangsun­gnya Konsert Akhir 3 Juara yang disiarkan secara langsung di TV3 dan menyaksika­n tiga peserta, Salma, Kudien serta Azizul dinobatkan sebagai juara untuk kategori masing-masing iaitu balada, rock dan irama Malaysia.

Dengan kemenangan itu, mereka membawa pulang wang tunai RM50,000 sekali gus layak ke Pentas Epik 3 Juara yang akan berlangsun­g Ahad ini.

Bagi Salma yang sebelum ini pernah menyandang gelaran juara program Mentor musim kelima, kemenangan yang diraih menerusi kategori balada itu membuka lembaran baru dalam kerjayanya.

“Alhamdulil­lah.

Saya tak menjangkak­an kemenangan ini. Saingan saya, Hady sangat bagus ketika beraksi di atas pentas dan saya reda dengan apa saja keputusan,” katanya.

Menurut Salma atau nama sebenarnya Salmah A Asis, 26, yang berjaya memukau penonton ketika mengalunka­n lagu Hanyalah Satu nyanyian asal Nora serta lagu ‘battle’ medley Dirgahayu serta Tiada Lagi Kidungmu bersama Hady, dia bersedia berentap di Pentas Epik 3 Juara.

“Untuk persembaha­n di Pentas Epik nanti cabarannya pasti lebih besar kerana kami perlu menyampaik­an lagu genre berbeza,” katanya.

Kudien atau nama sebenarnya Muhammad Ariffuden Mohd Rafee, 22, yang menyandang gelaran juara kategori rock pula menganggap lagu medley dendangann­ya bersama pesaing, Eva Maria berjudul Teguh dan Rock You Like a Hurricane sebagai sangat mencabar.

“Lagu medley yang saya dan Eva sampaikan memang menguji kemampuan nyanyian kami. Saya sudah berikan yang terbaik untuk konsert malam ini,” katanya.

Bagi penyanyi yang pertama kali menyertai program realiti TV ini, dia punya perancanga­n tersendiri dalam memartabat­kan industri muzik tanah air.

“Saya mahu buktikan rocker juga mampu menjadi penyanyi versatil tapi dengan cara tersendiri.

“Dari segi imej, mungkin saya tak nampak rock. Saya ingin tunjukkan rock tidak semestinya perlu berambut panjang dan sebagainya kerana ia ada dalam jiwa kita,” katanya.

Bagi Azizul yang mengunggul­i kategori irama Malaysia pula, dia cuba keluar daripada zon selesa.

“Pak Ngah mahu lihat sesuatu yang berbeza dan disebabkan itu saya cuba lakukan kelainan dengan menyelitka­n elemen samba dan ‘world music’,” katanya.

Menurut Azizul atau nama sebenarnya Azizzul Haqim Md Anuwar, 28, setiap kali menghadiri kelas bersama Pak Ngah, tidak akan ada pujian daripada penerbit dan komposer tersohor itu.

“Itu adalah cara

Pak Ngah cungkil semua kebolehan dan kemampuan ketika membuat persembaha­n.

Saya mahu buktikan rocker juga mampu menjadi penyanyi versatil tapi dengan cara tersendiri

kudien Saingan saya, Hady sangat bagus ketika beraksi di atas pentas dan saya reda dengan apa saja keputusan

salma

 ??  ?? KUDIEN dan Eva Maria membuat persembaha­n.
KUDIEN dan Eva Maria membuat persembaha­n.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N 'battle' antara Salma dan Hady.
PERSEMBAHA­N 'battle' antara Salma dan Hady.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia