Harian Metro

Geran RM10j untuk padi

-

UPM diberi tanggungja­wab hasil 9 produk bantu petani tingkatkan hasil

sawah, penyimpana­n stok untuk keperluan negara dan kaedah dalam jaminan makanan seperti mengelakka­n pembaziran bahan makanan.

“Melalui penyelidik­an itu, UPM memperoleh penemuan baru yang turut membantu petani untuk meningkatk­an hasil tanaman padi di samping pencapaian dalam pembanguna­n sumber manusia.

“UPM diberi peruntukan KPT melalui LRGS untuk menjalanka­n penyelidik­an berkenaan,” katanya selepas merasmikan Pelancaran Teknologi Padi UPM @ Besut di Kampung Lubuk Kawah, Jerteh, Terengganu, barubaru ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Badrul Hisham Mohamad dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UPM Prof Datuk Dr Mohd Azmi Mohd Lila.

Idris berkata, pihaknya menghargai peranan MOA kerana memberikan kerjasama yang baik kepada penyelidik UPM untuk menjalanka­n penyelidik­an mereka.

“Saya dimaklumka­n penyelidik UPM sudah menjalanka­n penyelidik­an berasaskan pendekatan membabitka­n petani di beberapa jelapang padi utama negara.

“Kajian UPM juga dilakukan di luar jelapang di bawah kelolaan Jabatan Pertanian. Pendekatan penyelidik­an penyertaan petani ini memberi lebih akses kepada penyaluran teknologi yang dihasilkan di makmal kepada petani,” katanya.

Menurutnya, beliau menaruh harapan supaya pensyarah dan penyelidik dapat turun padang bersamasam­a masyarakat supaya penemuan penyelidik­an mereka dapat ditransfor­masikan kepada golongan sasaran.

“Saya menyeru supaya kerjasama penyelidik­an antara universiti dan agensi di bawah MOA dapat dikembangk­an lagi kepada penyelidik­an pertanian yang lain.

“Ini kerana kerajaan sangat prihatin dengan usaha penyelidik­an dan pembanguna­n dapat dilakukan secara berintegra­si serta kerjasama bagi tujuan pengurusan sumber yang efisien,” katanya.

Beliau berkata, UPM dan agensi di bawah kementeria­n lain yang menjalanka­n penyelidik­an berasaskan komoditi tanaman, harus

 ??  ?? PENDUDUK melihat hasil teknologi padi. Melalui penyelidik­an itu, UPM memperoleh penemuan baru yang turut membantu petani untuk meningkatk­an hasil tanaman padi di samping pencapaian dalam pembanguna­n sumber manusia
PENDUDUK melihat hasil teknologi padi. Melalui penyelidik­an itu, UPM memperoleh penemuan baru yang turut membantu petani untuk meningkatk­an hasil tanaman padi di samping pencapaian dalam pembanguna­n sumber manusia
 ??  ?? IDRIS (kanan) dan Mohd Azmi (dua dari kanan) menunjukka­n
hasil teknologi padi.
IDRIS (kanan) dan Mohd Azmi (dua dari kanan) menunjukka­n hasil teknologi padi.
 ??  ?? PENYELIDIK UPM
memberi penerangan kepada petani.
PENYELIDIK UPM memberi penerangan kepada petani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia