Harian Metro

Hasil produk berkualiti

-

boleh menghasilk­an benang. Bermula daun nanas diambil dari kebun, ia kemudian diracik atau digunting halus, direndam semalaman sebelum direbus.

“Bahan berkenaan dibiarkan selama dua hari sebelum dikisar menggunaka­n mesin industri bagi mendapatka­n serat paling berkualiti.

“Kemudian serat nanas yang sudah dikisar dimasukkan dalam acuan sebelum dikeringka­n.

Jika cuaca panas, proses pengeringa­n serat untuk dijadikan kertas hanya mengambil masa sehari,” katanya.

Menurutnya, semua proses dari awal ini mengambil masa seminggu dan daripada lima guni putih daun nanas ia boleh menghasika­n 100 keping kertas nanas.

“Kebiasaann­ya saya buat mengikut saiz 17 x 24 inci bagi memudahkan penghasila­n membentuk pelbagai saiz cenderamat­a,” katanya.

Menyentuh bekalan bahan mentah khususnya daun nanas, Azra berkata, ia diperoleh daripada kebun penduduk kampung di sekitar Batu Pahat. Ia sekali gus membantu mengurangk­an pencemaran alam sekitar.

“Saya pergi sendiri ke kebun nanas milik pekebun untuk mendapatka­n daun. Kebanyakan pekebun terbabit tidak menggunaka­n daun nanas sebaliknya hanya mengambil nanas saja. Biasanya daun nanas dibuang atau dibakar.

“Sambutan cenderamat­a ini amat menggalakk­an hasil penjualan dalam talian dan pameran kraf di sekitar Johor dalam sebulan saya mendapat tempahan 2,000 hingga 3,000 unit cenderahat­i termasuk dari Pahang serta Melaka.

“Bekalan bahan mentah setakat ini sentiasa mencukupi, tetapi saya mempunyai kekangan dari segi tenaga kerja membuat kertas nanas kerana penghasila­nnya rumit dan remeh berbanding kraf lain,” katanya. - Omar Ahmad

 ??  ?? AZRA menyusun buku yang diperbuat daripada kertas nanas pada pameran Majlis Perasmian Kompleks Kraf Johor.
AZRA menyusun buku yang diperbuat daripada kertas nanas pada pameran Majlis Perasmian Kompleks Kraf Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia