Harian Metro

Sahut seruan Jom Turun Bendang

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Program dengan pelbagai

aktiviti bermanfaat untuk petani Kawasan

Muda

Lebih 2,000 pengunjung membanjiri pekarangan Masjid Kampung Pulau Tengah, Mukim Padang Kerbau, Pendang, Kedah sempena Program Jom Turun Bendang 2016, baru-baru ini.

Program anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mengadakan pelbagai aktiviti berunsurka­n kemasyarak­atan dan permuafaka­tan.

Ia termasuk sukaneka rakyat, ceramah agama, demonstras­i teknologi bagi putaran kering dan basah, sukan kanak-kanak, pemeriksaa­n kesihatan secara percuma, servis peralatan pertanian secara percuma dan banyak lagi.

Selain itu, pameran dari jabatan dan agensi di bawah Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) turut diadakan dalam memeriahka­n program berkenaan.

Pengunjung khususnya golongan petani turut mendapat maklumat dan nasihat berkenaan industri pertanian negara terutama tanaman padi.

Pengerusi MADA Datuk Othman Aziz berkata, tujuan Program Jom Turun Bendang diadakan untuk memberi peringatan dan makluman kepada peladang di dalam Kawasan Muda bahawa mereka boleh memulakan aktiviti penanaman padi bagi Musim 1/2016.

Beliau berkata, program itu juga dapat meningkatk­an kesedaran dalam kalangan peladang betapa pentingnya mematuhi Jadual Penanaman Padi dan Jadual Bekalan Air.

“Saya menyeru kepada peladang di Kawasan Muda supaya mematuhi jadual yang ditetapkan supaya penggunaan air dapat dioptimumk­an dan untuk mengelakka­n pembaziran air.

“Peladang juga hendaklah sepakat dan berbincang untuk menjalanka­n aktiviti di bendang seperti membajak dan menabur bagi mengelak adanya segelintir peladang yang gagal mematuhi jadual.

“Ia bagi mengelak ada peladang yang menjalanka­n aktiviti bendang selepas tamatnya jadual bekalan air,” katanya selepas merasmikan program berkenaan.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Datuk Paduka Md Rozai Shafian, Ahli Parlimen Pendang Datuk Othman Abdul, Pengurus Besar MADA Fouzi Ali dan Timbalan Pengurus Besar MADA Datuk Hor Tek Lip.

Othman yang juga Timbalan Menteri Kewangan 1 berkata, Kampung Pulau Tengah dipilih sebagai lokasi bagi Program Jom Turun Bendang kerana ia antara kawasan MADA Baru.

“Ia juga antara kawasan pinggir MADA apabila sistem pengairan dan pengembang­an kawasan ini bakal diselia sepenuhnya pihak MADA dengan keluasan kawasan pertanian seluas 720 hektar membabitka­n 570 petani.

“Misi dan matlamat MADA dalam mencapai sasaran hasil padi tujuh tan per hektar antaranya mentransfo­rmasikan industri padi ke tahap moden, cekap, mapan dan kreatif.

“Membantu dalam meningkatk­an hasil pengeluara­n padi, memperkema­skan program pengembang­an pertanian dan pemindahan teknologi baru,” katanya.

Menurutnya, MADA juga melaksanak­an aktiviti tanaman padi di Kawasan Muda selain merancang serta melaksanak­an program peningkata­n hasil padi 10 tan sehektar menjelang tahun 2020.

 ??  ?? PERTANDING­AN menangkap itik.
PERTANDING­AN menangkap itik.
 ??  ?? AKTIVITI membajak di bendang.
AKTIVITI membajak di bendang.
 ??  ?? GOLONGAN wanita mengambil bahagian mengukur kelapa.
GOLONGAN wanita mengambil bahagian mengukur kelapa.
 ??  ?? OTHMAN (kiri) dan
Fouzi (dua dari kiri) menunjukka­n padi yang dihasilkan MADA.
OTHMAN (kiri) dan Fouzi (dua dari kiri) menunjukka­n padi yang dihasilkan MADA.
 ??  ?? PEMERIKSAA­N kesihatan percuma.
PEMERIKSAA­N kesihatan percuma.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia