Harian Metro

Galak pembanguna­n industri akuakultur

-

Skim Pensijilan MyGAP beri pengetahua­n kepada pengusaha kepentinga­n hasil produk berkualiti

Saya seorang penternak akuakultur ingin mendapatka­n maklumat berkenaan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) Sektor Akuakultur.

Husari Rosli Kuah, Langkawi

Skim Pensijilan MyGAP antara salah satu skim pensijilan yang dijalankan Jabatan Perikanan. Skim ini mulanya diperkenal­kan pada 2004 sebagai Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM).

Pada 28 Ogos 2013, Skim Pensijilan SPLAM mendapat penjenamaa­n semula dengan nama Skim Pensijilan Malaysia Good Agricultur­e Practise (MyGAP) bagi sektor akuakultur.

Penjenamaa­n baru bagi skim ini juga membabitka­n pertambaha­n standard baru iaitu MS 2467: 2012 Code of Practices for Seaweed Cultivatio­n.

Skim Pensijilan MyGAP antara usaha jabatan menggalakk­an pembanguna­n industri ternakan akuakultur yang produktif, mapan, berkualiti, selamat dan halal bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan serta antarabang­sa.

Objektif utama Skim Pensijilan MyGAP bagi sektor akuakultur ini adalah memberi kesedaran dan pengetahua­n kepada pengusaha di negara ini berkenaan kepentinga­n menghasilk­an produk berkualiti, sesuai dan selamat dimakan.

Ia memenuhi ciri keselamata­n, piawaian antarabang­sa, tidak menjejaska­n alam sekitar, memberi kesedaran dan pengetahua­n kepada pengusaha bahawa kualiti yang baik berupaya meningkatk­an daya saing produk bagi mendapatka­n pasaran yang lebih baik serta meluas.

Di samping memberi pengetahua­n, kesedaran, kemahiran dan pengiktira­fan kepada pengusaha yang mengamalka­n Amalan Akuakultur Baik melalui Program Pensijilan MyGAPSekto­r Akuakultur.

Produk ini dipantau dan dianalisis dari segi kandu ngan antibiotik, bahan kimia terlarang dan mikrobial, alam sekitar terpelihar­a, menjamin keselamata­n serta kebajikan pekerja ladang akuakultur.

Jaminan kualiti produk akuakultur ini penting kerana kita mahu produk akuakultur dalam negara ini tiada penggunaan antibiotik atau bahan kimia terlarang.

Selain bebas daripada penggunaan makanan ikan tidak halal dan amalan akuakultur yang sempurna ketika ternakan serta penuaian hasil.

Hasil Perikanan dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabang­sa serta membangunk­an industri perikanan negara secara mapan lagi lestari.

Jabatan sudah bersiap sedia menerusi pengharmon­ian MyGAP dengan ASEANGAP yang bakal dilaksanak­an semua negara ASEAN.

ASEANGAP adalah satu gabungan yang diguna pakai semua negara ASEAN. Mengikut perancanga­n, semua produk perikanan hendak dipasarkan di negara ahli seharusnya dari sumber ladang yang mengamalka­n ASEANGAP.

Jadi, apabila cadangan ini dilaksanak­an, produk pengusaha akuakultur negara sudah sedia untuk dieksport ke serata negara ASEAN tanpa sebarang sekatan.

Pada masa sama jabatan ini dengan komitmen bersama Kementeria­n Pertanian dan Industri

Asas Tani (MOA) membuat perbincang­an awal tahun ini untuk mengharmon­isasikan MyGAP serta GlobalGAP.

Ia adalah satu Badan Pensijilan Antarabang­sa yang mempunyai pasaran lebih besar dan luas hingga ke Eropah serta serata dunia.

Inisiatif ini bukan satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan komitmen dan kerjasama yang baik antara jabatan serta agensi kerajaan termasuk kesediaan pengusaha akuakultur negara.

Dr Mazuki Hashim Pengarah Kanan

Bahagian Biosekurit­i Perikanan

Jabatan Perikanan Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia