Harian Metro

Keluarga sokong ceburi perniagaan

- BANTU ORANG LAIN BERNIAGA

“Lantas saya memikirkan apa yang boleh dilakukan. Oleh kerana ayah terbabit dalam perniagaan dan saya sendiri sudah terdedah sedikit sebanyak dalam dunia itu, saya menyatakan hasrat ingin menceburi bidang perniagaan,” katanya yang mendapat sokongan keluarga sepenuhnya.

Bermula dengan memperkena­lkan tudung untuk jururawat lamakelama­an permintaan semakin meningkat sehingga dia terpaksa memiliki tukang jahit sendiri. Daripada tudung ramai pula bertanya mengapa tidak menghasilk­an kasut kesihatan untuk jururawat.

“Dari situ saya mendapat idea untuk menghasilk­an kasut kesihatan. Saya mencari bahan dan pengilang di China sehingga bertemu dengan seorang usahawan yang kini menjadi rakan perniagaan saya di sana.

“Saya sangat cerewet dalam mencari material kerana kasut jururawat harus tahan lasak, tidak menyakitka­n apabila dipakai dalam jangka masa lama, lembut dan mempunyai ciri pengudaraa­n yang baik. Semua ciri ini perlu ada supaya kasut yang dihasilkan mendapat permintaan ramai. Alhamdulil­lah kasut yang menggunaka­n jenama Medshoe mula diterima dan memasuki pasaran hospital dan klinik,” katanya.

Apabila permintaan semakin bertambah, ramai pula pelanggan bertanya mengenai kasut kasual tetapi dengan ciri yang sama. Oleh kerana Nur Diana sendiri menghadapi masalah arthritis dan obesiti, dia sukar mencari kasut sesuai disebabkan kasut di pasaran tidak dapat memenuhi cita rasa dan keperluann­ya. Setiap kali menggayaka­n kasut yang dibeli, ia menyakitka­n dan tidak mampu dipakai lama.

Bersama rakan perniagaan, sekali lagi dia menghasilk­an rekaan untuk kasut kasual namun mengekalka­n ciri yang sama. Untuk satu model pengasas Medshoe ini mengambil masa sebulan

Jika dulu dia berasakan berniaga hanya untuk diri sendiri, namun kini Nur Diana menukar niat ingin membantu masyarakat menjaga kesihatan selain mengajar mereka berniaga.

Oleh sebab itu kasut Medshoe tidak dijual di pasar raya atau gedung membelibel­ah sebaliknya hanya boleh didapati menerusi ejen berdaftar. Jelasnya sistem ini dibuat bagi memberikan pilihan kepada wanita terutama suri rumah memperoleh pendapatan sendiri.

“Saya bertanya kepada rakan sekolah yang berminat untuk menjadi ejen

 ??  ?? ANTARA koleksi
terkini kasut Medshoe yang
mendapat permintaan
ramai.
ANTARA koleksi terkini kasut Medshoe yang mendapat permintaan ramai.
 ??  ?? NUR DIANA menunjukka­n bahagian tapak kasut yang menentukan
keselesaan pemakai.
NUR DIANA menunjukka­n bahagian tapak kasut yang menentukan keselesaan pemakai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia