Harian Metro

Sumbangan balik ke sekolah untuk 500 murid

-

Dalam keghairaha­n dan kesibukan ramai ibu bapa menyediaka­n pelbagai keperluan sekolah anak-anak mereka, ada kanakkanak terpaksa pasrah menggunaka­n pakaian dan beg sekolah lama yang sudah lusuh untuk memulakan sesi persekolah­an tahun ini.

Prihatin terhadap kesusahan pelajar dari keluarga yang kurang berkemampu­an, pasar raya terkemuka tanah air, Giant memberi sumbangan kepada lebih 500 murid sekolah di seluruh negara.

Di Kuala Selangor, seramai 100 pelajar terpilih untuk menerima bantuan persekolah­an dari Giant. Acara penyampaia­n yang diadakan di Giant Kuala Selangor dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail Malaysia

Sdn Bhd Pierre Olivier Deplanck sempena acara Big Bike Charity

Ride bersama Sahabat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

Sebanyak 100 pasang pakaian seragam dan alatan sekolah yang berjumlah RM20,000 diedarkan kepada pelajar pada majlis berkenaan.

Keriangan jelas terpancar pada wajah pelajar SK Bandar Baru Kuala Selangor dan beberapa sekolah sekitar daerah berkenaan yang berusia antara tujuh hingga 13 tahun tatkala menerima sumbangan berharga itu.

Suasana bertambah ceria dengan kehadiran 20 sukarelawa­n Big Hearted Giants (yang terdiri daripada kakitangan­nya) bagi membantu pelajar memilih pakaian sekolah mereka di Giant Kuala Selangor.

Menurut Pengarah Hal Ehwal Korporat Roseta Mohd Jaafar, setiap pelajar ingin berpakaian sempurna pada hari pertama persekolah­an.

“Apabila kami mendapat tahu ada murid yang tidak mampu membeli pakaian seragam dan peralatan sekolah, kami rasa terpanggil untuk membantu,” katanya.

Jurucakap SK

Bandar Baru Kuala Selangor berkata, pihak sekolah amat berterima kasih atas kesudian syarikat berkenaan menghulurk­an bantuan sebaik mengetahui kesusahan pelajarnya. Ini kerana ada pelajar yang terpaksa memakai pakaian koyak dan lusuh kerana keluarga tidak mampu membelikan baju sekolah baru.

Program Kembali Ke Sekolah Bersama Giant yang dianjurkan setiap tahun sudah membantu 300 ke 500 murid di seluruh Malaysia dengan memberikan barang yang amat diperlukan termasuk pakaian seragam, kasut, beg dan alat tulis.

GCH Retail memperuntu­kkan RM2 juta setiap tahun untuk progam kebajikan. Semua program berkisar kepada golongan yang kurang berkemampu­an termasuk kanakkanak, orang tua serta membantu mangsa bencana alam.

 ??  ?? WAJAH riang pelajar sekolah menerima bantuan keperluan persekolah­an mereka.
WAJAH riang pelajar sekolah menerima bantuan keperluan persekolah­an mereka.
 ??  ?? SUKARELAWA­N Big Hearted Giants bergambar bersama penerima sumbangan persekolah­an.
SUKARELAWA­N Big Hearted Giants bergambar bersama penerima sumbangan persekolah­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia