Harian Metro

Master Siow

- 10 peringkat

kepala patung singa dari China. Dari semasa ke semasa, saya menambah baik mutu pembuatann­ya, sehingga berpuas hati.

“Puncanya saya ingin buat sendiri kerana topeng kepala singa dari China yang terhasil daripada buluh mudah patah dan rosak, jadi rangka buluh saya gantikan dengan rotan yang mudah dilentur dan teguh. Dari situ kualitinya dipertingk­at.

“Walaupun kini ada kertas daripada serat batang pisang yang kukuh untuk menutup rangka tetapi saya masih guna lapisan kertas sama dengan yang diguna pada patung China, kerana pada masa ini bekalan kertas bermutu daripada serat batang pisang sukar diperoleh. Kertas biasa itu diperbuat daripada buluh,” jelasnya.

Sambil menambah, membuat kepala singa memerlukan kesabaran tinggi dan fokus untuk mendapatka­n kualiti halus kerana pembuatann­ya membabitka­n banyak peringkat.

Selepas menerima anugerah Adiguru Kraf Negeri Selangor pada 2012, nama Master Siow semakin tersohor sebagai penghasil kraf berkenaan. Master Siow tidak keseoranga­n dalam penghasila­n kostum kepala singa, kerana anak perempuann­ya, Siow Hooi Poon, 33, turut membantu di samping ramai lagi pekerja.

Hooi Poon, anak ketiga daripada tujuh beradik itu berkata, kakak sulungnya juga turut terbabit dalam pengurusan syarikat bapanya. Dia bertugas di bahagian akaun.

Ternyata sokongan ahli keluarga membuat syarikat milik pembuat barang peralatan boneka tarian singa milik Master Siow dapat beroperasi lama dan terus berkembang.

Menurut Hooi Poon, terdapat 10 peringkat proses pembuatan kepala singa dan dia sendiri bertanggun­gjawab pada peringkat kerja terakhir.

Sepuluh peringkat itu, dimulai dengan membuat rangka kepala diikuti memasang lapisan kertas pada rangka, menampal pelekat, melukis corak, menyapu syelek kalis air, melekatkan bulu atau rambu, memasang mata dan aksesori, meletak tali, menjahit sarung badan dan akhir sekali mencantum badan dengan kepala.

“Kalau tanya saya berapa banyak pengeluara­n sehari, sukar nak jawab kerana pekerja bertukar ikut bidang tugas sendiri,” ujar Hooi Poon. Namun menurut ayahnya, satu set penuh dianggarka­n mengambil masa lapan hari untuk disiapkan.

Ditanya mengapa dia mengambil keputusan bekerja dengan ayahnya, Hooi Poon pantas menjawab, “Kerja di sini senang, saya tidak perlu pergi ke tempat lain, lagi pun kerjanya tidak menyusahka­n. Daripada susah payah mencari kerja di tempat lain, lebih baik saya kerja di tempat sendiri,” ujarnya.

Master Siow berkata, kini syarikatny­a mampu menghasilk­an 500 kepala singa dalam setahun, tempahan diterima bukan sahaja dari dalam negara dan Asia tetapi juga dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat dan Eropah, bahkan syarikat di China, negara asal tarian itu juga turut menjadi pelanggann­ya. Harga satu set kostum termasuk badan singa antara RM2,000 hingga RM3,000.

Menurutnya, ramai salah anggap tarian singa berkait dengan agama. Ia adalah satu cabang sukan dan seni budaya yang boleh disertai sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang dan kaum kerana tarian singa tiada kaitan dengan kepercayaa­n agama.

Apabila tarian singa dijadikan pertanding­an kebangsaan, ramai pemuda menyertai termasuk daripada bangsa lain. Bahkan di negara China, masyarakat daripada wilayah Islam di sana juga terbabit melakukan persembaha­n tarian singa, ujarnya.

Master Siow berkata, dia pernah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa agama mengenai ciri persembaha­n tarian singa dan setelah pihak berkenaan berpuas hati mengenai ketiadaan hubungan dengan keagamaan, tarian ini semakin mendapat perhatian.

Dia juga bergiat aktif dalam kegiatan kemasyarak­atan dan pernah dilantik sebagai pengerusi Persatuan

Tarian Singa dan Naga Antarabang­sa yang pertama pada 1992, selain turut menjadi pengerusi Persatuan Tarian Singa Selangor.

Sehingga kini Master Siow menjadi sumber rujukan banyak persatuan tarian singa dari dalam dan luar negara. Bukan saja kerana kemahirann­ya dalam kraf itu, malah prestasi pasukannya yang berjaya menjuarai 12 pertanding­an juga menjadikan dia disegani. Ini berikutan kemampuann­ya menghasilk­an seni pergerakan seperti akrobatik yang tidak dapat ditandingi kumpulan lain.

Selain menunjukka­n cara membuat boneka kepala singa dan memukul gendang tarian itu, dia turut memberi peluang kepada penulis melihat dengan lebih dekat latihan tarian singa, yang dianggotai oleh pemain lelaki dan perempuan.

 ??  ?? HOOI Poon
HOOI Poon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia