Harian Metro

Karnival berkelah tingkat kesedaran kanser payudara

-

Apa rancangan anda untuk hujung minggu ini? Januari biasanya menjadi bulan yang sibuk dengan aktiviti persekolah­an. Rasanya tidak ramai yang sudah menyusun aktiviti hujung minggu mereka apatah lagi selepas bercuti panjang pada Disember lalu.

Bagi yang belum ada rancangan, apa kata anda menyertai aktiviti keluarga besar PRIDE Foundation yang akan mengadakan Karnival Berkelah PRIDE 2017 pada 15 Januari ini.

PRIDE adalah yayasan untuk pesakit kanser payudara yang aktif mengadakan pelbagai kempen dan program bagi meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai penyakit berkenaan dan memperkasa­kan pesakit serta ahli keluarga mereka.

Tanyalah kepada sesiapa saja yang mempunyai ahli keluarga menghidap kanser (tidak kira kanser apa pun), tiada yang lebih membahagia­kan selain melihat pesakit sihat, kembali cergas dan dapat menyambung kehidupann­ya terutama selepas mereka berhadapan penyakit kronik dan berbahaya.

Tidak sekadar meneruskan fungsinya dalam keluarga, kebanyakan pesakit yang sembuh menjalani kehidupan yang jauh lebih baik berbanding sebelum disahkan menghidap penyakit.

Mesej inilah yang ingin disampaika­n yayasan berkenaan melalui karnival berkelah yang julung kali diadakan itu. Karnival ini adalah kesinambun­gan kepada usaha PRIDE yang tidak jemu membicarak­an soal kanser payudara bagi meningkatk­an kesedaran masyarakat khususnya dalam kalangan golongan muda.

Dalam berseronok, mereka tekun mempromosi­kan kehidupan positif selepas kanser dan menekankan kepentinga­n sokongan moral khususnya daripada ahli keluarga dan rakan bagi menguatkan semangat pesakit meneruskan perjuangan.

Sesi berkelah beramairam­ai itu akan bermula pada jam 8 pagi hingga 3 petang di pekarangan pejabat PRIDE di 23, Lorong Tanjung 5/4D, Off Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor.

Bagi memeriahka­n acara, banyak gerai jualan dibuka pada hari berkenaan yang dikendalik­an oleh bekas pesakit, penjaga, penaja, sukarelawa­n, ibu tunggal dan Orang Asli.

Pengunjung boleh mendapatka­n pemeriksaa­n payudara percuma selain menyertai pelbagai permainan menarik, pertanding­an mewarna untuk kanakkanak, cabutan bertuah dan tidak ketinggala­n, senamrobik bagi menggalakk­an gaya hidup sihat. Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi ammelia@pride. org.my atau norraine@ pride.org.my

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia