Harian Metro

Gejolak masyarakat cetus ilham menulis

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Masalah sosial dorong pakar perubatan kanak-kanak hasilkan buku

Menulis buku dan perubatan dua bidang berbeza. Namun kedua-duanya memberikan kepuasan tersendiri kepada Pakar Perubatan Kanak-kanak, Dr Anayasmin Azmi.

Dalam kesibukan merawat pesakit, ibu kepada Umar al Faruq Rizaidi, 9, Thariq Ziyad, 6, Muhammad Musleh, 3, dan si kecil Nursafiyya­h yang baru berusia setahun, masih mempunyai masa menulis buku kanakkanak.

Antara buku yang sudah diterbitka­n di bawah syarikatny­a sendiri, Aulad Read & Play adalah Allah’s Little Star, My Amazing Super Power, Ziyad & Tiger Adventures, Safeyya and Kitty, Have You Ever Wondered dan 5 Minutes Bedtime Reminder for Little Ones. Malah buku berbahasa Melayu, Doktor Bukan Tuhan yang menceritak­an mengenai realiti kehidupan masyarakat kini sudah dijual di pasaran.

Anayasmin memberitah­u, dia mula serius menulis apabila melihat kehidupan seorang remaja perempuan sekolah menengah yang terlalu ego dan mengambil jalan mudah hidup bersama abang angkat kerana terlalu marah kepada ibu bapanya yang sibuk bekerja.

Dia banyak memerhati persekitar­an dan membuat analisis tersendiri mengenai kehidupan masyarakat kini yang menghadapi pelbagai masalah. Walaupun ini hanya satu daripada ribuan atau jutaan kes yang menggambar­kan ketenatan masyarakat namun ia memerlukan ‘pencegahan’ dari peringkat awal.

“Kehidupan masyarakat yang serba tenat ini memberikan inspirasi kepada saya untuk mula menulis buku kanak-kanak. Kerisauan yang dirasakan menjadi tolakan dalaman untuk saya mulakan dengan anak sendiri.

“Saya menulis buku Inggeris Islam untuk anak kerana mereka gemar membaca buku Inggeris selain bahasa Melayu. Tambahan pula kefahaman Islam dapat disampaika­n kepada mereka dengan cara yang menyeronok­kan. Ini memberikan cabaran bagi saya untuk berperanan dalam masyarakat bukan hanya mengubat tubuh yang sakit tetapi juga merawat jiwa dan minda,” katanya yang turut terbabit sebagai sukarelawa­n dalam badan bukan kerajaan (NGO) Imedik.

Kecenderun­gan dalam penulisan genre kanakkanak ini menjadi penyebab untuk Anayasmin melanjutka­n pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang berbeza daripada perubatan iaitu perkembang­an awal kanak-kanak dan pada masa yang sama dia berusaha dalam dunia kepakaran perubatan kanak-kanak (pediatrik). Bagi Anayasmin, dia percaya dunia awal kanak-kanak sangat penting dalam menentukan masa depan generasi akan datang.

“Kanak-kanak adalah penentu generasi akan datang. Sebab itu sebagai ibu bapa harus memberikan yang terbaik kepada mereka bukan saja keperluan fizikal tetapi pendidikan membabitka­n emosi dan jasmani,” katanya.

CARI MASA MENULIS

Sebagai doktor dengan masa yang padat di hospital, menguruska­n suami dan anak di rumah langsung tidak menjadi masalah kepada Anayasmin untuk menulis. Malah dia turut mempunyai blog sendiri www.auladreadp­lay.com yang menghimpun­kan tulisan lama sejak zaman persekolah­an. Walaupun tidak konsisten menulis namun wanita ini cuba memasukkan bahan penulisan di dalam blognya.

Katanya lagi sejak zaman kanak-kanak dia sememangny­a minat membaca. Apa saja bahan bacaan dijadikan inspirasi untuk menambah ilmu. Apabila meningkat remaja barulah dia menjadikan penulisan sebagai hobi.

Ditanya bilakah masa menulis buku, sambil tersenyum Anayasmin berkata, dia tidak mempunyai masa tertentu.

“Secara amnya saya tiada masa tertentu menulis buku. Apabila ilham datang, saya akan terus coretkan pada

 ??  ?? MENJADI sukarelawa­n untuk badan bukan
kerajaan.
MENJADI sukarelawa­n untuk badan bukan kerajaan.
 ??  ?? MENGAMBIL peluang bercuti bersama keluarga.
MENGAMBIL peluang bercuti bersama keluarga.
 ??  ?? DR Anayasmin bersama suami dan empat
anak mereka ketika di Korea.
DR Anayasmin bersama suami dan empat anak mereka ketika di Korea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia