Harian Metro

Bantu remaja urus minat pelik

- Noor Mohamad Shakil Hameed

Beberapa kejadian membabitka­n remaja yang beraksi berani tak bertempat baru-baru ini mencetuska­n pelbagai persoalan dan spekulasi dalam kalangan masyarakat. Tak kisahlah apa jua tujuan mahupun hasrat mereka, apa yang pasti masyarakat sukar menerima tingkah laku seperti ini yang jelas membahayak­an keselamata­n diri masing-masing. Malah, daripada perspektif psikologi pula sudah ada persoalan apakah remaja kita semakin menjurus kepada masalah kecelaruan personalit­i mahupun identiti atau apakah ini dilihat perkara normal pada hari ini?

Dalam kejadian pertama, sekumpulan lapan remaja yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita yang berusia 20 hingga 24 tahun bertindak nekad memanjat papan mercu tanda perkataan ‘IPOH’. Dalam kejadian kedua, seorang remaja lelaki pula memanjat sebuah kren di tapak pembinaan sebuah projek hotel juga di Ipoh. Selepas itu ditularkan lagi aksi remaja panjat pencawang telekomuni­kasi dan kemudian aksi remaja panjat tangki simpanan air.

Tindakan mereka yang memanjat dan merakam video serta berswafoto itu mula tular di media sosial serta mendapat pelbagai reaksi dari masyarakat. Apa yang pasti mengikut rakaman yang tersebar dalam semua aksi tersebut langkah keselamata­n dilihat kurang diberi perhatian, sekali gus memperjudi­kan nyawa masing-masing. Hakikatnya kejadian memanjat lokasi yang tinggi untuk suka-suka dan berswafoto seperti ini pernah berlaku beberap kali sebelum ini dan menjadi tular dalam media sosial, tetapi jelas masih ramai yang belum ambil iktibar yang sewajarnya.

Penulis melihat ini adalah satu budaya yang sedang menular dalam kalangan belia negara ini. Secara peribadi penulis berpandang­an mereka cukup berani, memiliki bakat yang luar biasa, sanggup melakukan apa saja untuk memenuhi kehendak dan naluri serta hanya mengikut trend semasa dengan menyahut pelbagai cabaran yang berisiko tinggi. Mereka tidak melihat tindakan seperti ini sebagai satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang kerana bagi mereka tindakan ini sama sekali tidak mengganggu atau menyusahka­n orang lain.

Ringkasnya, mereka buat aksi ini hanya untuk suka-suka, mungkin juga untuk memenuhi cabaran dan mahu mengecapi sedikit rasa popular dalam kalangan rakan serta kerana meminati aktiviti lasak, mendaki dan mencabar yang dekat dengan jiwa setiap remaja zaman ini. Justeru, penulis yakin mereka sekarang cukup kecewa dan rasa tertekan kerana menerima pelbagai cemuhan dan komen negatif daripada pelbagai pihak, termasuk terpaksa behadapan dengan tindakan pihak berkuasa. Kita boleh bayangkan perasaan kecewa mereka sekarang yang langsung tidak menyangka aksi spontan dan suka-suka mereka itu mengundang reaksi sebegini.

Penulis berpandang­an janganlah kita terus menghukum dan mencerca mereka. Betul, tindakan mereka tetap salah dan tidak wajar dilakukan kerana boleh membahayak­an nyawa serta menceroboh kawasan larangan, namun kita juga wajar memahami tuntutan gelora jiwa anak muda seperti ini. Perlu ingat lagi kita halang, lagi mereka akan memberonta­k dan cuba buat benda seperti ini. Maka kita perlu tangani isu ini dengan bijak. Yang pasti raikan keberanian dan kecekalan hati mereka serta hormati bakat serta minat yang ada terhadap aktiviti lasak.

Jangan terus menjatuhka­n hukuman sehingga mengganggu emosi dan perasaan kelompok ini.

Dalam konteks ini apa yang penting sekarang ialah, kita wajar bimbing serta sedarkan mereka dan juga belia lain di luar sana terlebih dahulu tentang kesan dan akibat negatif perbuatan berani tak bertempat seperti ini dengan pendekatan yang lebih berhemah dan lembut. Ingatkan mereka betapa tempat tinggi bukan lokasi untuk bergurau senda atau berswafoto kerana risiko untuk berdepan dengan pelbagai kecelakaan adalah tinggi serta kita perlu mematuhi SOP yang betul dan selamat. Maka elemen psikologi, nasihat dan mendidik cukup penting dalam menguruska­n remaja seperti ini.

Kalau perlu hukum sekalipun biarlah ia bersifat dan bertujuan untuk mendidik dan bukannya kerana mahu menghukum melepaskan geram dan marah kita. Ringkasnya kita perlu membimbing dan bantu mereka urus minat pelik dan bakat luar biasa yang dimiliki. Hal ini penting kerana kita tidak mahu kumpulan anak muda negara ini kecewa dan mula menjauhkan diri dari kelompok masyarakat yang lain dengan tanggapan mereka disisihkan ataupun tidak difahami oleh anggota masyarakat yang lebih dewasa.

Hakikatnya daripada sudut positif kita perlu berbangga kerana memiliki anak muda yang hebat dan berani seperti ini. Jadi marilah kita membantu mereka untuk menghalaka­n keberanian dan kehebatan serta minat mendalam itu ke jalan yang betul dan lebih bermanfaat serta memberi faedah baik kepada diri mahupun kepada anggota masyarakat yang lain. Jujurnya agak sukar untuk kita mencari individu yang berani seperti ini di mana lazimnya selama ini aksi berbahaya seperti ini banyak dipertonto­nkan oleh remaja di negara luar.

Maka mengambil kira senario seperti ini serta kehendak dan tuntutan naluri remaja anak muda negara ini, eloklah pihak berkuasa memikirkan pendekatan yang terbaik untuk menangani dan menguruska­n bakat terpendam mereka. Sediakan platform untuk mereka terus mengasah dan mengembang­kan lagi bakat dan ciri keberanian yang ada dalam diri masing-masing. Jangan sesekali sisihkan mahupun membazirka­n kemahiran dan bakat luar biasa yang mereka miliki. Apatah lagi sudah ada di antara mereka yang tampil mengakui kesilapan dan memohon maaf atas secara terbuka di atas perbuatan tersebut.

Apapun menjadi tanggungja­wab kita menasihati dan memberi peringatan kepada semua belia agar jangan sampai berani tak bertempat, usah

FAKTA Empat aksi remaja yang

memanjat dan berswafoto tular di media sosial mendapat

reaksi masyarakat

ambil risiko dan terlalu mengejar glamor sehingga boleh mengancam keselamata­n diri dan nyawa. Juga jangan sesekali melanggar apa jua peraturan dan undang-undang serta gunakan kemahiran yang ada ke arah meningkatk­an nilai tambah diri sekali gus boleh memberi manfaat kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KREN tempat remaja mendaki yang tular di media sosial.
KREN tempat remaja mendaki yang tular di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia