Harian Metro

FELDA lebih daripada sekadar sebuah agensi

-

Jumaat lalu, Ahli Parlimen veteran dari Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad diumumkan sebagai Pengerusi FELDA yang baru atau dalam bahasa Malaysia disebut Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (LKTP).

Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu sekali gus mengesahka­n spekulasi dan khabar angin yang bertiup sebelum ini mengatakan FELDA bakal diterajui orang baru menggantik­an Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Sebagai generasi kedua yang pernah melalui suka-duka membesar di tanah rancangan, pelantikan Shahrir dilihat tepat pada masa dalam usaha mengembali­kan semula keyakinan komuniti dan warga kerja akan hala tuju FELDA yang kini berusia lebih enam dekad sejak diasaskan pada 1956.

Hal itu kerana sebelum ini, terlalu banyak isu dan kontrovers­i melanda FELDA yang seolah-olah tiada kesudahan dan penyelesai­an biarpun tidak dinafikan sebahagian­nya mungkin hanya diada-adakan atau sengaja diperbesar­kan oleh pihak tertentu bagi meraih populariti dan sebagainya.

Akibat kemelut yang melanda itu menyebabka­n ramai masyarakat peneroka, termasuk generasi keduanya yang bersikap seolah-olah bagai kacang lupakan kulit hinggakan sampai satu peringkat, Felda secara terang-terangan menjadi sasaran serangan yang memburuk-burukkanny­a.

Ironinya, serangan dilakukan itu bukan sahaja oleh pihak yang mempunyai kepentinga­n dan agenda tertentu, malah lebih menyedihka­n ia turut dilakukan oleh anak peneroka sendiri atas pelbagai alasan.

Begitulah keadaan menimpa FELDA sebelum ini. Sebagai sebahagian daripada generasi yang pernah membesar di tanah rancangan, sedikit sebanyak penulis amat memahami di sebalik keadaan yang berlaku.

Cuma tidaklah sampai ke tahap untuk memburuk-burukkan agensi yang pernah memberikan kehidupan kepada kita, seperti kata pepatah, tak kanlah kita mahu menggigit tangan yang pernah memberi kita makan.

Maka, keputusan melantik individu berpengala­man seperti Shahrir diharap mampu memberikan sinar kegembiraa­n semula kepada semua pihak berkepenti­ngan sebelum keadaan menjadi begitu terlambat.

Betapa tidaknya, daripada sekitar 88 kerusi Parlimen yang dimenangi UMNO sebagai parti tunjang kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 yang lalu, hampir 60 kerusi datangnya dari kawasan yang majoriti pengundiny­a terdiri daripada warga FELDA.

Kerana itu, FELDA sebenarnya bukan sekadar sebuah agensi kerajaan semata-mata, sebaliknya ia nyawa dan talian hayat kepada kerajaan yang memerintah hari ini bagi berdepan cabaran pada PRU akan datang yang dijangka dilangsung­kan pada tahun ini juga. Penulis Pengarang Bisnes/IT Harian Metro

 ??  ??
 ?? NOTA SELASA
bersama Nasharuddi­n Muhammad ??
NOTA SELASA bersama Nasharuddi­n Muhammad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia