Harian Metro

Tetap tarikh bicara bunuh anak

-

Mahkamah Majistret di sini, semalam menetapkan tarikh sebutan semula kes lelaki berusia 54 yang didakwa membunuh anaknya berumur 23 tahun di rumah mereka di Jalan Permatang 24, Taman Desa Jaya di sini, pada 6 Februari ini.

Penetapan tarikh baru itu diputuskan Majistret Mohd Azlan Shah Allias selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir mengesahka­n belum memperoleh laporan bedah siasat dan kimia.

“Kami belum memperoleh laporan bedah siasat dan kimia bagi kes ini dan memohon ditetapkan tarikh sebutan baru,” katanya sebelum Mohd Azlan menetapkan tarikh sebutan semula kes sebaik kes itu disebut.

Terdahulu, tertuduh Nasaruddin Abdullah berpakaian baju-T dan berseluar ungu dilihat duduk bersama tertuduh lain sebelum berdiri sejurus kesnya dipanggil, jam 10 pagi.

Sejurus selesai prosiding, tertuduh menghela ubat sedut (inhaler) selepas beberapa kali dilihat sukar bernafas.

Malah empat individu termasuk seorang wanita dipercayai isteri tertuduh dilihat bertemu polis mahkamah mendapatka­n maklumat mengenai lelaki itu sebelum beredar meninggalk­an kamar mahkamah, jam 10.30 pagi.

Terdahulu, pada 29 November lalu, tertuduh dihadapkan ke

Mahkamah Majistret di sini, selepas didakwa membunuh anak kandungnya.

Pertuduhan membabitka­n Nasaruddin dilakukan di wad

Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan dekat sini, ketika tertuduh dirawat akibat kecederaan dialaminya dalam kejadian itu.

Tertuduh mengangguk faham ketika kertas pertuduhan membabitka­n Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia