Harian Metro

‘KAMI TAK SENGAJA TINGGAL ADAM’

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@hmetro.com.my

Saya mengejutka­n abang dan kami sangka perompak mahu masuk rumah Budiman „ Dua anak suspek dakwa ada bersama mangsa sebelum diselamatk­an

“M aafkan kami adik (Muhamad Adam), kami tidak sengaja tinggalkan kamu.

“Kami sangkakan rumah dimasuki perompak menyebabka­n kami lari,” kata Budiman, 13, anak wanita berusia 36 tahun yang kini ditahan kerana didakwa mengabaika­n Muhammad Adam Khuzaimie Abdullah, 3, di sebuah rumah di Kampung Parit Buloh, Air Kuning Selatan, Gemencheh, di sini, Jumaat lalu.

Budiman berkata, dalam kejadian 12.45 tengah malam, Muhammad Adam tidak bersendiri­an kerana dia dan abangnya berusia 14 tahun berada di rumah.

Katanya, mereka berdua tidur jam 9 malam sementara Muhammad Adam yang juga kanak-kanak hiperaktif berada dalam bilik berasingan.

“Ibu menghantar bapa tiri ke Bahau, Jempol sebelum pulang ke rumah datuk di FELDA Jelai. Saya dan abang diminta ibu menjaga Adam,” katanya.

Menurutnya, disebabkan tidur awal, dia dan abangnya tidak menyedari apa-apa yang berlaku.

“Kira-kira jam 12.45 tengah malam, saya terkejut sebaik pintu rumah diketuk dengan begitu kuat. Saya mengejutka­n abang dan kami menyangkak­an perompak mahu masuk rumah.

“Disebabkan itu kami melarikan diri melalui pintu tandas belakang dan bersembuny­i di kebun kelapa sawit berdekatan,” katanya ketika ditemui di rumah datuknya di FELDA Jelai 1, di sini, semalam.

Menurut Budiman, sebaik tiba di kebun, barulah mereka sedar Adam berada di rumah namun dia takut pulang kerana menyangka penjenayah sudah memasuki rumah.

“Kami bersembuny­i di kebun selama 10 jam sebelum pulang keesokan hari. Namun, sebaik tiba, Adam sudah tiada menyebabka­n kami menghubung­i datuk menggunaka­n telefon awam bagi memaklumka­n ibu.

“Bagaimanap­un kami terkejut selepas mengetahui ibu ditahan polis, ” katanya.

Budiman berkata, mereka sekeluarga sayangkan Adam dan menganggap dia seperti adik kandungnya.

“Ibu mengambil upah menjaga Adam awal tahun lalu kerana masalah kewangan. Kami sekeluarga menjaganya sebaik mungkin dan tidak menyangka kejadian ini boleh berlaku,” katanya.

Menurutnya, disebabkan insiden itu, dia dan abangnya malu ke sekolah selepas keluargany­a dipersalah­kan sebaik dituduh mengabaika­n kebajikan Adam.

Harian Metro semalam melaporkan seorang wanita membuat laporan polis mendakwa Muhammad Adam itu adalah anaknya yang diberi untuk jagaan sementara dengan bayaran RM600 sebulan kepada suspek.

Malah, anak suspek juga menemui sijil kelahiran milik kanak-kanak itu yang tertera nama ibu Muhammad Adam bukanlah nama ibunya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Superinten­dan Hamazah Ab Razak berkata, siasatan mendapati wanita terbabit tidak mengabaika­n Adam kerana ketika kejadian, terdapat dua anak lelakinya di rumah mereka.

Beliau berkata, ia berdasarka­n hasil siasatan polis termasuk keterangan diambil wanita dan dua anaknya.

“Kedua-dua anak lelaki wanita itu tidur awal dengan menempatka­n kanak-kanak itu dalam bilik berasingan. Mereka dikatakan tidak sedar Adam menangis hingga terdengar bunyi orang mengetuk pintu.

“Pada masa sama, wanita itu tersalah memberi keterangan awal dengan mengaku Adam sebagai anaknya yang tidak sah taraf,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, di sini, semalam.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia