Harian Metro

LABUR HASIL CURI DI LAMPUNG

-

Kuala Lumpur: Penekanan terhadap aspek keselamata­n termasuk proses tapisan ketat dalam pengambila­n pemandu bas baru adalah perkara yang perlu diberi perhatian bagi mengelakka­n kejadian tidak diingini terutama kemalangan maut.

Pengasas Sani Express Sdn Bhd dan Kumpulan Sani United Berhad, Datuk Sani Salleh berkata, ia prosedur yang diamalkan syarikatny­a sejak mula lagi bagi memastikan keselamata­n penumpang sentiasa dititikber­atkan.

Katanya, pihaknya melakukan pemeriksaa­n latar belakang secara menyeluruh terhadap bakal pemandu termasuk rekod saman, senarai hitam serta dadah sebelum mereka diambil bekerja di Sani Express.

“Dari awal kita memang melaksanak­an penapisan ketat secara menyeluruh terhadap bakal pemandu sama ada pernah terbabit dengan gejala dadah, mempunyai saman atau disenarai hitam. Sejarah mereka diteliti sebelum dibenarkan bekerja. “Mereka juga akan melalui pemeriksaa­n kesihatan dan apabila disahkan mempunyai rekod bersih, setiap pemandu diberi kursus keselamata­n. Ini memang berbeza dengan cara yang dilaksanak­an syarikat lain.

“Kita tahu kadangkala ada syarikat yang mengambil pemandu baru dalam kalangan pemandu lori, asalkan mereka boleh memandu bas,” katanya.

Harian Metro sebelum ini, melaporkan pengalaman wartawan menyaksika­n gelagat dua pemandu bas ekspres dan bas persiaran yang membawa lebih 60 penumpang berlumba melebihi kelajuan 110 kilometer (km) sejam di Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Slim River, Perak.

Malah, pemandu bas langsung tidak menghirauk­an keadaan permukaan jalan yang licin akibat hujan lebat ketika memecut laju sejauh lebih 10 kilometer hingga ke Bidor, Perak.

Selain itu, Sani berkata, syarikatny­a memberi kursus setiap bulan kepada pemandu bas terdiri daripada aspek pemanduan dan keselamata­n di jalan berbahaya.

“Bagi saya, perniagaan ini bukanlah demi keuntungan, tetapi syarikat perlu meletakkan keselamata­n penumpang di tempat paling tinggi. Kita mengeluark­an kos yang agak tinggi kerana mahu memastikan keselamata­n.

“Pemandu bas kami juga tidak dibenarkan memandu lebih empat jam dan perlu ditukar kepada pemandu lain. Itu adalah syarat yang ditetapkan.

“Tempoh bekerja maksimum setiap pemandu adalah lapan jam dan mereka perlu mempunyai cukup rehat untuk memandu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia