Harian Metro

BERSALIN TUNGGU SUAMI HILANG DI LAUT

- Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

„ Wanita dihantar anggota bomba ke hospital lahir anak ketiga

“Saya terima ketentuan Allah walaupun terpaksa menempuh ujian apabila suami masih hilang di laut dan saya pula baru melahirkan anak ketiga malam semalam (kelmarin).

“Kali terakhir saya bercakap dengannya jam 4 pagi kerana bimbang cuaca hujan sedangkan dia masih belum pulang dan 30 minit kemudian, dia gagal dihubungi,” kata Hamidah Zakaria isteri kepada nelayan Shukri Abd Rashid, 30, yang masih hilang.

Hamidah, 26, yakin suaminya masih hidup dan berharap Shukri pulang dengan selamat ketika operasi pencarian diteruskan oleh pasukan penyelamat.

Dia selamat melahirkan bayi lelaki jam 9.50 malam selepas dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) ketika diambil keterangan oleh pasukan bomba di kawasan pencarian suaminya di jeti Kuala Kedah, di sini, malam kelmarin.

Katanya, dia bersyukur selamat melahirkan anak ketiganya itu yang seberat 3.6 kilogram walaupun tanpa suami, manakala dua lagi anaknya, Muhammad Shakir Hafuza Shukri, 7, dan Muhammad Shaifullah Hafiz, 3, dijaga mentua, Rokiah Mohammad, 50.

“Kali pertama saya menghubung­i suami jam 2 pagi semalam (kelmarin) untuk bertanyaka­n keadaannya kerana bimbang cuaca ketika itu hujan, tetapi panggilan tidak dijawab.

“Tidak lama kemudian dia (suami) menghubung­i semula dan meminta maaf kerana tidak dapat pulang kerana ribut.

“Saya menghubung­inya semula jam 4 pagi dan masih dapat berbual, namun dia berkali-kali memohon maaf kerana tidak dapat pulang,” katanya yang baru keluar dari hospital.

Hamidah berkata, suaminya kerap membawa tong minyak yang banyak ketika keluar mencandat sotong, malah pernah berseloroh akan menggunaka­n tong itu sekiranya jatuh laut.

“Saya pernah larang dia mencandat sotong kerana saya sarat mengandung namun suami tetap pergi sebab hendak mencari wang untuk menyara keluarga,” katanya yang bercadang menamakan bayinya, Muhammad Shamil Hanafi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, lokasi pencarian mangsa diperluask­an sehingga lima batu nautika dari kawasan dia dilaporkan terjatuh dan selepas hampir 24 jam operasi, hanya beberapa barangan dipercayai milik mangsa ditemui kira-kira dua batu nautika dari jeti Kuala Kedah.

“Bot mangsa ditemui jam 10.45 pagi semalam (kelmarin) di kawasan berhampira­n mangsa dilaporkan terjatuh dan ditarik ke jeti jam 11 pagi.

“Kita percaya mangsa masih berada di sekitar kawasan pencarian dan setakat ini kita menggunaka­n aset dari semua agensi meliputi 26 bot dan anggota seramai 106 orang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BAYI Hamidah dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah.
BAYI Hamidah dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia