Harian Metro

GADIS SUNTI KAKU DALAM PAYA

- Shahrul Nizam Mohamad am@hmetro.com.my

Pada Sabtu lalu, kanak-kanak perempuan ini bersama ibu saudaranya menziarahi pusara datuknya, Abdul Rahman Dollah yang meninggal dunia, 5 Jun tahun lalu dan berhajat pergi semula ke kubur itu, semalam.

Bagaimanap­un, hajat itu benar-benar menjadi kenyataan apabila dia disemadika­n bersebelah­an pusara datuknya di Tanah Perkuburan Islam Kuala Pahang, di sini, pada jam 1 pagi semalam selepas ditemui lemas dalam paya kira-kira 200 meter dari rumahnya di Kampung Pulau Serai, di sini, pada jam 5.30 petang, kelmarin.

Mangsa, Nur Ain Natasya Mohd Rosaidi, 11, ditemui tidak bernyawa oleh ibu saudaranya, Nur Atikah Abdul Rahman, 23, yang keluar mencari kanak-kanak itu.

“Sabtu lalu, saya bersama Nur Ain Natasya menziarahi kubur datuknya.

“Arwah rapat dengan datuknya kerana dia adalah cucu sulung dan dia mengajak saya ke kubur kerana sudah lama tidak menziarahi datuknya sebelum memberitah­u hendak datang semula hari ini (semalam).

“Saya tidak menyangka ajakannya itu menjadi petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Nur Atikah berkata, mangsa anak sulung daripada empat beradik adalah murid Sekolah Kebangsaan Peramu Jaya, di sini, tidak pernah bermain di kawasan paya itu sebelum ini.

“Dia tergerak hati untuk pergi ke sana kerana mahu mencari adiknya, Ashraf Nasrullah, 8, yang disangka keluar mencari ikan di kawasan berkenaan.

“Bagaimanap­un, saya terkejut apabila melihat Ashraf sebenarnya baru bangun tidur. Saya kemudian bergegas keluar mencari Nur Ain Natasya,” katanya yang memberitah­u ketika kejadian, bapa mangsa, Mohd Rosaidi Deraman, 36, berada di laut.

Nur Atikah berkata, dia kemudian memaklumka­n kepada penduduk mengenai kejadian itu dan mereka menghulurk­an bantuan.

„ Kanak-kanak perempuan ditemui lemas dalam paya

“Ibu mangsa, Nurul Hidayah Ahmad Tarmizi trauma dengan kejadian itu selain masih berpantang selepas melahirkan anak keempat pada hujung Disember tahun lalu,” katanya.

Pegawai Perhubunga­n Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Anuar Hassan berkata, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam paya sedalam kira-kira empat meter dan dikejarkan ke Hospital Pekan, di sini, oleh anggotanya yang tiba di tempat kejadian namun kanak-kanak perempuan itu disahkan sudah meninggal dunia.

 ??  ??
 ??  ?? NUR Atikah (kiri) menziarahi kubur anak saudaranya, Nur Ain Natasya (gambar kecil)yang dikebumi bersebelah­an pusara datuknya di Tanah Perkuburan Islam Kuala Pahang.
NUR Atikah (kiri) menziarahi kubur anak saudaranya, Nur Ain Natasya (gambar kecil)yang dikebumi bersebelah­an pusara datuknya di Tanah Perkuburan Islam Kuala Pahang.
 ??  ?? NUR Ain Natasya maut selepas lemas di paya (gambar bawah) berdekatan rumahnya di Kampung Pulau Serai.
NUR Ain Natasya maut selepas lemas di paya (gambar bawah) berdekatan rumahnya di Kampung Pulau Serai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia