Harian Metro

TANGISAN IBU BAPA SAINTIS MUDA

- Nor 'Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

„ Ibu bapa bangga kejayaan Nur Adlyka sebaris astrofizik terkemuka

Saya berbangga dengan pencapaian anak Ainul Annuar

“Saya menitiskan air mata membaca berita kejayaan anak menerusi kiriman WhatsApp daripada rakan selepas ia menjadi viral pada jam 2 pagi tadi (semalam).

“Sehingga kini saya tidak henti-henti menerima ucapan tahniah daripada mereka (rakan-rakan) hingga menyebabka­n sistem telefon bimbit terganggu kerana terlalu banyak mesej diterima,” kata Ainul Annuar Adnan, 61.

Ainul Annuar adalah bapa pelajar astrofizik doktor falsafah (PhD) Malaysia Nur Adlyka, 27, yang mengharumk­an nama negara sebagai seorang ahli kumpulan astronomi yang menemui bukti kewujudan lohong hitam dalam galaksi terdekat.

Penemuan itu dibentangk­an dalam sidang media pada mesyuarat American Astronomic­al Society di Grapevine, Texas, Amerika Syarikat, kelmarin.

Penuntut Pusat Extragalac­tic Astronomi, Universiti Durham, United Kingdom itu antara penyelidik British yang membuat analisis menggunaka­n teleskop

X-ray terbaharu Agensi Aeronautik dan Pentadbira­n Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) iaitu NuSTAR (Nuclear Spectrosco­pic Telescope Array).

Menurut Ainul Annuar, dia berbangga dengan pencapaian anaknya yang bukan saja mengharumk­an nama keluarga tetapi juga negara.

“Anak saya sangat meminati bidang angkasa lepas dan kecenderun­gan itu terserlah selepas dia menyertai satu lawatan ke Universiti Malaya pada usianya 16 tahun.

“Isteri saya Badariah Othman, 61, yang memahami minat Nur Adlyka juga sanggup memenuhi keinginan anak dengan membelikan sebuah teleskop meskipun harganya agak mahal ketika itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Pesara Penolong Kanan Sekolah Menengah Tun Dr Ismail, Bakri itu berkata, kerana minat mendalam terhadap bidang berkenaan, anaknya menjadikan satu-satunya wanita dalam bidang astronomi dan profesiona­l astrofizik di negara ini iaitu Datuk Dr Mazlan Othman sebagai idolanya.

“Anak saya mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi dan cara pembelajar­annya juga berbeza dengan anak-anak yang lain.

“Dalam biliknya penuh dengan lakaran peta minda yang unik berkaitan dengan topik pelajarann­ya,” katanya.

Katanya, dia berharap impian anaknya untuk menjadi profesiona­l astrofizik tercapai dan akan menyokong penuh cita-citanya.

Anak kelahiran Muar, Johor itu juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Fizik dan Astrofizik dari University of Sheffield, United Kingdom dan dijangka menamatkan pengajian PhDnya pada Julai ini.

 ??  ??
 ?? FOTO: ADI SAFRI ?? AINUL Annuar (kiri) dan Badariah melihat liputan berita mengenai kejayaan anak mereka di Taman Tanjung Gading. NUR Adlyka (dua dari kiri) bersama ahli astronomi lain pada sidang media di Grapevine, Texas, Amerika Syarikat, kelmarin.
FOTO: ADI SAFRI AINUL Annuar (kiri) dan Badariah melihat liputan berita mengenai kejayaan anak mereka di Taman Tanjung Gading. NUR Adlyka (dua dari kiri) bersama ahli astronomi lain pada sidang media di Grapevine, Texas, Amerika Syarikat, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia