Harian Metro

Simpan barang di atas rak khas

-

Hulu Terengganu: “Walaupun banjir sudah surut sepenuhnya, tetapi barang di dalam rumah masih berada di atas rak khas yang dibina kerana bimbang bencana itu kembali melanda berikutan cuaca masih tidak menentu ketika ini,” kata Zahari Dollah, 41, dari Kampung Pengkalan Ajal, di sini, semalam.

Menurutnya, hanya barangan untuk keperluan semasa diturunkan dari rak itu kerana bimbang jika dibawa turun semuanya akan menyukarka­n proses untuk menyimpan semula sekiranya banjir kembali melanda.

Katanya, dua atau tiga bulan lagi baru semua barang itu akan diturunkan dari rak apabila musim tengkujuh benar-benar berakhir.

“Kedudukan rumah saya yang berhampira­n sungai mengakibat­kan ia mudah dinaiki air, oleh itu rak khas perlu dibina untuk digunakan sebagai tempat menyimpan barang.

“Pengalaman sepanjang 12 tahun tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Pengkalan Ajal ini membolehka­n saya melakukan persiapan awal saban tahun dalam menghadapi musim tengkujuh,” katanya.

Menurutnya, hampir setiap rumah di kawasan itu mempunyai rak khas yang dibina oleh penghuniny­a sebagai persediaan mereka menyelamat­kan barangan.

“Sejak saya tinggal di sini juga, banjir yang melanda baru-baru ini adalah yang paling teruk kerana air memenuhi kawasan kampung sehingga dua meter,” katanya.

Jirannya, Raftah Faizah Mustafa, 45, berkata, air sedalam 0.5 meter memenuhi ruang di dalam rumahnya dan membina rak khas dapat menyelamat­kan barangan miliknya daripada rosak.

“Kami bukannya orang senang, oleh itu barangan perlu dijaga sebaik mungkin bagi mengelak ditenggela­mi banjir yang berlaku saban tahun dan kaedah menyimpan barangan di tempat tinggi dapat mengurangk­an kerugian dialami.

“Biasanya sebelum musim tengkujuh, barangan akan disimpan di atas rak khas termasuk peralatan elektrik seperti televisyen dan peti ais,” katanya.

 ??  ?? MANGSA banjir, Mohd Nazirul Izzuddin Alias mengambil barangan yang diperlukan di dalam peti sejuk yang diletakkan di atas rak yang dibina.
MANGSA banjir, Mohd Nazirul Izzuddin Alias mengambil barangan yang diperlukan di dalam peti sejuk yang diletakkan di atas rak yang dibina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia