Harian Metro

‘Spy’ bot pukat kenka

-

„ Terima bayaran RM300 bagi setiap maklumat pergerakan APMM

Akibatnya, pukat yang digunakan itu memerangka­p dan membunuh lebih 90 peratus anak ikan bersaiz kecil (benih), malah turut memusnahka­n batu karang yang menjadi tempat pembiakan hidupan laut.

Tinjauan di tiga jeti nelayan di kawasan perairan Pulau Pinang dan Perak mendapati tiada satu pun bot pukat kenka keluar menangkap ikan pada hari operasi itu.

Hal ini menimbulka­n tanda tanya kepada pasukan operasi berikutan kebiasaann­ya bot pukat kenka itu akan keluar menangkap ikan dari jam 6 pagi hingga 6 petang.

Kelibat nelayan menggunaka­n bot fiber kecil sambil memancing ikan di laluan pasukan APMM juga meragukan kerana mereka kerap kali dilihat menghubung­i seseorang.

Sepanjang dua hari operasi dijalankan, wartawan mendapati bot nelayan yang sepatutnya keluar untuk menangkap ikan tidak berbuat demikian pada hari operasi.

Sumber APMM berkata, pihaknya berdepan cabaran besar menangani isu penceroboh­an bot pukat kenka di perairan negara berikutan mereka dilindungi kumpulan tonto laut.

“Kumpulan tonto laut akan segera menyalurka­n maklumat kepada pemilik bot pukat kenka sejurus menyedari bot APMM atau Jabatan Perikanan menuju ke lokasi bot berkenaan.

“Ketidakses­uaian lokasi pangkalan APMM dan Jabatan Perikanan juga menjadi punca tindakan penguatkua­saan yang kurang berkesan,” katanya.

Sumber berkata, pangkalan APMM dan Jabatan Perikanan di Kuala Kurau, Perak, terletak jauh dari kawasan muara laut menjadikan bot pemantau kedua-dua agensi itu lambat sampai ke lokasi aduan atau untuk membuat rondaan.

“Malah mereka mudah dihidu tonto yang diupah pengusaha bot pukat kenka,” katanya.

Menurutnya, tiada bukti kukuh untuk menahan dan mendakwa ahli sindiket ini.

“Mereka licik dan diyakini turut berada di tengah laut untuk memantau pergerakan APMM,” katanya.

 ??  ?? ANTARA bot pukat kenka yang dikesan di tengah laut dan di pangkalan (gambar bulat).
ANTARA bot pukat kenka yang dikesan di tengah laut dan di pangkalan (gambar bulat).
 ??  ?? BOT APMM melakukan rondaan ketika Operasi Kenka yang dijalankan di perairan Tanjung Piandang, Perak.
BOT APMM melakukan rondaan ketika Operasi Kenka yang dijalankan di perairan Tanjung Piandang, Perak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia