Harian Metro

Menyamar kaki pancing, nelayan

-

Lumut: Tonto laut kebiasaann­ya didalangi individu warga tempatan, namun kegiatan mereka sukar dibanteras berikutan kekurangan bukti serta ketiadaan peruntukan undang-undang untuk mendakwa mereka.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, warga tempatan didapati bersekongk­ol dengan pelbagai sindiket dengan matlamat menggagalk­an tugas pasukan penguat kuasa.

“Mereka yang menyamar sebagai kaki pancing atau nelayan kecil-kecilan ini hanya mengutamak­an wang.

“Biasanya satu kiriman pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon berhubung maklumat pergerakan APMM akan dibayar antara RM100 hingga RM200,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya pernah menahan individu dipercayai terbabit dalam kegiatan tonto laut atau sapu air ini, namun mereka hanya boleh diperiksa mengikut bidang kuasa APMM yang terbatas.

Ahmad Puzi berkata, kemunculan golongan ini diakui mengganggu dan merugikan negara kerana ia jelas akan meningkatk­an jumlah penyeludup­an barangan subsidi, selain kadar jenayah maritim.

“Kegiatan tonto laut ini berlaku di seluruh negara terutama di Pelabuhan Klang, perairan Johor Barat, Selat Melaka dan Kuala Terengganu.

“Pemantauan pihak berkuasa mendapati kumpulan ini beroperasi dengan aktif di pintu keluar bot penguat kuasa Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) atau Pasukan Polis Marin (PPM),” katanya.

Harian Metro sebelum ini beberapa kali melaporkan kegiatan tonto laut, ada diantara mereka sanggup membina menara di kawasan paya bakau untuk mengintip pergerakan pihak berkuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia