Harian Metro

‘Rezeki harimau’

- Zulfa Mohamad am@hmetro.com.my

Sejak tiga hari lalu, nelayan di Kuala Muda, Penaga, dekat sini, meraih ‘rezeki harimau’ berikutan harga hasil tangkapan terutama udang kertas atau digelar si merah putih melonjak sekali ganda iaitu RM80 sekilogram berbanding RM40 sekilogram, sebelum ini.

Selain udang, kenaikan harga beberapa tangkapan lain termasuk ikan kembung membolehka­n nelayan terbabit kembali ‘bernafas’ selepas kesempitan berikutan kekurangan hasil tangkapan susulan fenomena ombak besar hujung tahun lalu.

Berikutan kenaikan harga hasil tangkapan, setiap nelayan memperoleh pendapatan antara RM3,000 hingga RM15,000 sehari manakala awak-awak memperoleh sekitar RM1,000 seorang.

Nelayan, Mat Yatim Mustafa, 63, berkata, udang kertas dan udang besar menjadi rebutan terutama ketika sambutan Tahun Baru Cina hujung bulan ini menyebabka­n harganya melonjak sekali ganda.

Katanya, harga hasil laut berkenaan dijangka meningkat kepada RM90 hingga RM100 sekilogram beberapa hari sebelum sambutan perayaan itu.

“Ketika ini, harga hasil tangkapan meningkat kerana bekalan masih kurang selain negeri pantai timur dilanda banjir.

“Istilah ‘rezeki harimau’ memang sesuai bagi nelayan kerana adakalanya kami menbawa pulang hasil tangkapan banyak, tetapi kadang kala pulang tangan kosong,” katanya, semalam.

„ Nelayan raih RM15,000 sehari hasil lonjakan harga udang kertas RM80 sekilogram

Selain harga udang besar yang mencecah RM3.50 seekor, harga ikan kembung turut meningkat kepada RM11 hingga RM13 sekilogram berbanding RM6 hingga RM8 sekilogram sebelum ini.

Nelayan, Amran Alias, 44, berkata walaupun hasil tangkapan kurang, ada nelayan meraih jualan sehingga RM15,000 kelmarin, tetapi ia dijangka bersifat sementara.

“Sejak beberapa hari lalu, purata pendapatan nelayan sekitar RM3,000 sehari, bagaimanap­un ia hanya sementara kerana harga ikan kembali normal apabila bekalan pulih,” katanya.

 ??  ?? MAT Yatim menunjukka­n udang kertas atau digelar si merah putih yang mencecah RM80 sekilogram berbanding hanya RM40 sekilogram sebelum ini.
MAT Yatim menunjukka­n udang kertas atau digelar si merah putih yang mencecah RM80 sekilogram berbanding hanya RM40 sekilogram sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia