Harian Metro

Terapi 3 elemen

-

„ Petikan ayat daripada 3 surah jadi panduan hasil taman gabungan tanah, batu, air di kampus UKM

Redup dan selesa sekali gus menghadirk­an rasa tenang tatkala menghabisk­an masa terluang.

Barangkali ramai yang tidak tahu di dalam kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), ada taman terapi berkeluasa­n 12 meter persegi menggabung­kan unsur tanah, batu dan air yang bukan saja untuk bersantai, malah membantu merawat penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan angin ahmar.

Tiada bayaran masuk ke taman itu dan ia adalah hasil inisiatif Pusat Perubatan Qalam Laduni (PPQL) yang melaksanak­an tanggungja­wab sosial mereka sejak Oktober tahun lalu.

Pengarah Urusan PPQL, Mohamed Zaki Itam,70, berkata, idea untuk membuka taman itu tercetus selepas mengkaji beberapa potong ayat al-Quran.

“Saya mengkaji tiga potong ayat al-Quran iaitu surah Ar-Rahman, Taha dan Al Hajr yang menceritak­an mengenai tanah dan kejadian manusia.

“Dari situ saya dapat ilham untuk mengkaji bagaimana fungsi tanah, batu dan air dapat membantu merawat penyakit seperti jantung, darah tinggi dan angin ahmar,” katanya.

Menurutnya, taman itu mempunyai tujuh zon dilengkapi dengan batu pelbagai jenis yang mempunyai fungsi tersendiri.

“Batu, tanah dan pasir ini saya campur dengan beberapa elemen hasil bumi yang lain seperti debu gunung berapi dan arang,” katanya.

Mohamed Zaki berkata, sesiapa saja boleh mengunjung­i taman itu seawal 7 pagi setiap hari.

“Ramai yang mengunjung­i taman ini terutama ketika hujung minggu termasuk kanak-kanak dan warga emas,” katanya.

Secara ringkasnya, pengunjung ke taman ini mendapat terapi dengan berkaki ayam memijak pasir pantai, pasir kasar, batu kecil, batu refleksolo­gi dan air selain merendam kaki di air samak (air bercampur tanah) dan air biasa.

Sementara itu, peniaga, Mohd Rashid Mad, 48, berkata, tekanan darah tingginya berkuranga­n selepas sering ke taman itu dan mendapatka­n rawatan di PPQL.

 ??  ??
 ??  ?? PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang menggunaka­n tapak batu refleksolo­gi di PPQL, UKM, Bangi.
PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang menggunaka­n tapak batu refleksolo­gi di PPQL, UKM, Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia