Harian Metro

Beban guru berkurang

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

„ 317,000 cikgu hanya perlu kendali dua aplikasi dalam talian di sekolah

Seramai 317,000 guru di seluruh negara tidak lagi dibebani tugas mengemas kini data secara dalam talian apabila Kementeria­n Pendidikan semalam menetapkan hanya dua aplikasi wajib diuruskan iaitu Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan Pentaksira­n Berasaskan Sekolah (PBS-Offline).

Berita menggembir­akan itu diumumkan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 Kementeria­n Pendidikan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), semalam.

Berbanding perlu mengendali­kan empat aplikasi dalam talian sebelum ini, guru kelas dan guru akademik hanya perlu memberi tumpuan kepada dua aplikasi saja, sekali gus mengurangk­an tugas mereka.

Mahdzir berkata, kementeria­n prihatin dengan tanggungja­wab guru dalam pengurusan data pendidikan membabitka­n pelbagai aplikasi.

“Kami mahu masalah tugas dan tanggungja­wab berat digalas guru perlu diselesaik­an segera supaya mereka boleh memberi tumpuan kepada pengajaran,” katanya.

Katanya, aplikasi lain membabitka­n operasi sekolah seperti Sistem Pengurusan Maklumat Pendidikan (EMIS) dan Sistem Pendaftara­n Atas Talias (SPAT) pula dikendalik­an guru dilantik sahaja seperti guru data dan setiausaha peperiksaa­n.

Mahdzir berkata, kementeria­n sentiasa mencari jalan penyelesai­an untuk melihat kembali tugas hakiki dan tugasan lain yang diberikan kepada guru.

Penguranga­n rencam tugas guru antara tiga inisiatif Kementeria­n Pendidikan diumumkan Mahdzir bagi mengharung­i Tahun 2017 termasuk meningkatk­an kapasiti kementeria­n, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta pelaksanaa­n Pelan Induk Pembanguna­n Profesiona­lisme Keguruan.

Mengulas mengenai usaha meningkatk­an kapasiti kementeria­n, JPN dan PPD, Mahdzir berkata, kerajaan pada dasarnya meluluskan cadangan penstruktu­ran semula kementeria­n bagi memberi kuasa kepada JPN dan PPD membuat keputusan.

Menurutnya, buat masa ini, pihaknya belum menetapkan apa bentuk kuasa yang boleh diberikan kepada JPN dan PPD kerana ia masih di peringkat perbincang­an.

“Sekarang pun, kes ular patuk murid...menteri kena jawab, sekolah terbakar pun keputusan perlu dibuat oleh menteri. Pada saya, apabila berlaku kes seperti itu, kementeria­n akan menyerahka­nnya kepada JPN untuk diselesaik­an,” katanya.

Sementara itu, Mahdzir berkata, pelaksanaa­n Pelan Induk Pembanguna­n Profesiona­lisme Keguruan bakal memberi panduankep­ada pegawai perkhidmat­an pendidikan untuk merancang membangunk­an kompetensi dan potensi diri.

“Pelan itu juga menyediaka­n pelan yang fleksibel bagi memenuhi keperluan kompetensi individu, keperluan organisasi dan standard semasa secara sistematik dan bersepadu,” katanya.

Bagi meningkatk­an kapasiti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah, Mahdzir berkata, beliau mengarahka­n penyedia rangkaian teknologi maklumat dan telekomuni­kasi (ICT) untuk meningkatk­an capaian Internet berkelajua­n tinggi 4G di 8,185 sekolah seluruh negara menjelang Jun ini.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, 11 daripada 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) akan diubah kepada aktiviti pendidikan lain seperti Kolej Vokasional atau Politeknik secara berperingk­at bagi memaksimum­kan penggunaan fasiliti dan infrastruk­tur yang tidak digunakan di beberapa IPG.

“Berdasarka­n perancanga­n, kami memanfaatk­an beberapa bangunan di kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) Raja Melewar, Negeri Sembilan sebagai pusat pendidikan PERMATA,” katanya.

 ??  ?? MAHDZIR (tengah) menyampaik­an Anugerah Tokoh Integriti kepada penerima, Zadurah Md Zain, semalam.
MAHDZIR (tengah) menyampaik­an Anugerah Tokoh Integriti kepada penerima, Zadurah Md Zain, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia