Harian Metro

Jelajah motivasi bantu pelajar

-

Kuala Lumpur: Lebih tumpuan kepada kepemimpin­an pelajar. Visi itu ditetapkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) sepanjang tahun dalam usaha melahirkan lebih ramai pelajar mampu berdaya saing sama ada peringkat tempatan atau pun antarabang­sa.

Presidenny­a Zambri Mohd Isa berkata, untuk itu, pelbagai program disusun pihaknya merangkumi latihan kepemimpin­an secara langsung dan tidak langsung menerusi aktiviti sedia ada dengan penyertaan semua ahli di seluruh negara.

Katanya, pada peringkat permulaan, siri jelajah motivasi diadakan setiap tahun menjadi paltform kepada semua fasilitato­r GPMS berkongsi pengalaman dan kepakaran kepada pelajar.

“Kami melihat keperluan pelajar belajar menjadi pemimpin yang baik. Ia secara tidak langsung menjadikan mereka lebih yakin dan bergaul dengan masyarakat kerana ini komuniti kita.

“Sebelum ini, kami tumpukan kepada prestasi akademik saja menyebabka­n aspek kepimpinan agak tertinggal. Sudahnya apabila memasuki fasa lain seperti pengajian tinggi, mereka tidak dapat membawa diri seperti mana sepatutnya. Jadi kami tidak mahu komponen ini tertinggal,” katanya ketika mengadakan kunjungan ke Balai Berita semalam.

Zambri berkata, selain itu GPMS meneliti cadangan mengadakan kempen membaca sebagai usaha membudayak­an ilmu yang akan diadakan berterusan bermula Mac depan.

Katanya, ia inisiatif pihaknya bersama agensi kerajaan termasuk Kementeria­n Belia dan Sukan serta Kementeria­n Pendidikan yang akan dijalankan besar-besaran di seluruh negara.

“Setakat ini kami susun pengisian termasuk membudayak­an pembacaan daripada sumber berkredibi­liti, persoalan tular dalam masyarakat dan manfaat keseluruha­n. Insya-Allah kami buat pengumuman nanti,” katanya. Johor Bahru: Selepas tiga hari menahan sakit apabila sebentuk cincin tersekat pada kemaluanny­a, seorang lelaki akhirnya akur untuk dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, bagi mendapatka­n rawatan, semalam.

Lelaki berusia 41 tahun itu dirujuk ke wad kecemasan di HSA selepas mendakwa kemaluanny­a membengkak.

Dia akhirnya ke hospital bagi mengeluark­an cincin selepas menanggung kesakitan hampir tiga hari.

Pegawai Perhubunga­n Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Riduan Akhyar mengesahka­n pihaknya ada menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Bahru menerima panggilan kecemasan jam 2.09 petang tadi (semalam) berhubung kejadian itu.

“Bagaimanap­un, tiada sebarang operasi dijalankan sebaliknya kami dipanggil ke hospital untuk bersedia sekiranya bantuan diperlukan,” katanya.

Beliau berkata, pada jam 5 petang, pihaknya diarahkan pulang oleh pihak hospital dan kesdiambil alih semula pihak hospital.

 ??  ?? PENGARANG Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa
Omar (kiri) beramah mesra dengan Zambri (dua dari kanan).
PENGARANG Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar (kiri) beramah mesra dengan Zambri (dua dari kanan).
 ??  ?? LELAKI yang mengalami kesakitan dirawat di HSA.
LELAKI yang mengalami kesakitan dirawat di HSA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia