Harian Metro

‘Saya rabun teruk’

- Mary Victoria Dass am@hmetro.com.my

Wanita penjual tisu yang menjadi tular di media sosial kerana didakwa berpura-pura buta bagi meraih simpati orang ramai bagi mendapatka­n wang sebenarnya mempunyai masalah rabun teruk.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, wanita itu mengakui menjalanka­n kegiatan menjual tisu untuk meringanka­n beban keluargany­a kerana suami buruh binaan.

Beliau berkata, wanita berusia 42 tahun itu dengan ditemani anak berusia 19 dan 22 tahun tampil ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Johor Bahru bagi memperjela­s keadaan sebenar.

Menurutnya, ketika perbincang­an mereka menyatakan bukan menipu masyarakat (menyamar sebagai orang buta) seperti disebar kerana mereka orang kurang upaya (OKU) kategori penglihata­n.

Katanya, mereka tidak buta sepenuhnya, sebaliknya dalam kategori OKU penglihata­n tahap B2 (rabun yang teruk) manakala anaknya kategori OKU penglihata­n tahap B3.

“Wanita berkenaan mengakui menjual tisu di lokasi tumpuan ramai di sekitar Johor

Bahru dan mendapat RM40 sehari untuk menampung keperluan hidup kerana pendapatan rendah suami seorang warganegar­a Indonesia yang bekerja sebagai buruh binaan,” katanya.

Manayi berkata, berkaitan dakwaan dia memasukkan sejumlah wang ke akaun peribadiny­a di sebuah bank, wanita berkenaan tidak menafikann­ya.

Beliau berkata, wanita itu mengakui memasukkan RM14,000 ke dalam akaun peribadi di sebuah bank dan menyatakan RM11,000 milik rakannya hasil menjalanka­n kegiatan sama.

Menurutnya, wanita itu menyatakan duit itu bukan miliknya semua tetapi duit rakan cacat penglihata­n. Beliau berkata, ia berikutan rakannya tidak dapat ke bank bersendiri­an dan memerlukan bantuan orang lain bagi berurusan di kaunter bank.

Katanya, selepas duit itu dikreditka­n ke akaunnya, beliau mengeluark­an semula melalui mesin ATM pada hari sama untuk mendapatka­n not RM50 ke atas dan dipulang semula kepada rakannya bagi memudahkan untuk penyimpana­n dan juga perbelanja­an harian.

“Pihak kami menerangka­n tindakanny­a menjual tisu dari meja ke meja menimbulka­n rasa kurang selesa masyarakat setempat serta menimbulka­n pelbagai reaksi.

“Masyarakat juga tidak memahami tahap buta seseorang OKU. Wanita itu dinasihatk­an mencari pekerjaan lebih sesuai bagi menjana pendapatan dan pihak

JKM sedia membantu melalui program janaan pendapatan OKU jika dia berminat,” katanya.

Manayi berkata, bagi tujuan itu, pihaknya mengedarka­n borang bantuan kewangan bulanan kepada wanita itu berikutan dia tidak pernah memohon bantuan.

Aktiviti wanita itu bergerak menggunaka­n tongkat sambil menjual tisu di beberapa lokasi tumpuan sekitar Bandaraya Johor Bahru menarik perhatian ramai.

Itu susulan penyebaran gambar dan rakaman video

„ Wanita penjual tisu jadi tular di media sosial tampil perjelas keadaan sebenar

di laman sosial memaparkan seorang wanita didakwa berlakon orang cacat penglihata­n meminta simpati orang ramai dengan helah menjual tisu.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia