Harian Metro

Hidangan terbaru AirAsia

-

Kuala Lumpur: Kakitangan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) bertuah apabila mendapat makanan percuma daripada AirAsia Berhad (AirAsia), sempena promosi terbaru Santan Combo Meal di Balai Berita, semalam.

Kehadiran AirAsia bersama trak makanan dinanti penuh sabar oleh kakitangan yang berbaris seawal jam 10 pagi bagi mencuba hidangan terbaru dalam penerbanga­n AirAsia.

Ketua Komunikasi AirAsia Aziz Laikar berkata, pihaknya menyediaka­n pelbagai hidangan terbaru seperti nasi beriani ayam mentega masala Ashok, kari udang nyonya, makaroni keju bersama bebola ayam, karipap ayam dan sate ayam untuk 350 kakitangan NSTP.

“Kedatangan kami ke Balai Berita hari ini (semalam), adalah untuk memperkena­lkan kepada rakan media berkenaan hidangan terbaru yang disediakan dalam penerbanga­n AirAsia.

“Kami berbesar hati untuk pemberian makanan percuma kepada media yang tidak putus-putus menyokong aktiviti AirAsia selama ini,” katanya.

Menurutnya, Santan Combo Meal adalah hidangan yang perlu ditempah awal bernilai RM10 dan didatangka­n dengan pilihan minuman seperti air mineral, air berkarbona­t dan kopi.

“Makanan dan minuman dengan RM10 adalah satu perkara menarik. Inilah masanya untuk pelanggan kami menikmati hidangan dengan harga berpatutan dan berkualiti, selain perkhidmat­an ketika bersama AirAsia,” katanya.

Maklumat lanjut berkenaan promosi itu boleh didapati di www.airasia.com, twitter.com/AirAsia dan facebook.com/AirAsia.

Individu yang kehilangan pasport antarabang­sa atas faktor kecuaian bakal dikenakan bayaran denda sebaik saja Jabatan Imigresen mendapat kelulusan daripada kerajaan untuk melaksanak­an peraturan baru itu kelak.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, perkara itu masih dalam perbincang­an, tetapi secara dasarnya ia dipersetuj­ui Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi mesyuarat yang dipengerus­ikan beliau.

Menurutnya, langkah berkenaan adalah satu daripada usaha bagi memberi kesedaran kepada pemegang pasport, selain menanam sikap bertanggun­gjawab bagi memastikan ia disimpan dengan selamat.

“Sebelum ini, mereka yang kehilangan pasport tidak dikenakan sebarang denda dan peraturan ini perlu dilaksanak­an kerana setiap pasport antarabang­sa mempunyai nilai selain membabitka­n kos tinggi.

“Rancangan pelaksanaa­nnya dijangka dibuat selepas mendapat persetujua­n daripada kerajaan berikutan ada beberapa perkara perlu dibuat termasuk pindaan akta dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Imigresen, semalam.

Bagaimanap­un, beliau tidak memaklumka­n cadangan bayaran bakal dikenakan terhadap mereka yang kehilangan pasport sehinggala­h ia diumumkan nanti.

Menurut rekod Jabatan Imigresen, sepanjang tahun lalu sebanyak 44,528 pasport

 ??  ?? KAKITANGAN NSTP mencuba Santan Combo Meal percuma yang diedarkan di Balai Berita.
KAKITANGAN NSTP mencuba Santan Combo Meal percuma yang diedarkan di Balai Berita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia