Harian Metro

‘SPRM bukan siasat saya’ Keterangan Idris mengenai kes rasuah pegawai

- Nor Shafinaz Sari am@hmetro.com.my

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron menafikan beliau disiasat sepasukan pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ke pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh, kelmarin.

Menjelaska­n perkara itu, Idris berkata, beliau hanya membantu siasatan dijalankan SPRM membabitka­n laporan rasuah beberapa pegawai kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa mengamalka­n sifat terbuka dan memberikan kerjasama kepada mana-mana agensi yang mahu melakukan siasatan.

“Mereka (SPRM) datang bagi melengkapk­an siasatan laporan rasuah sebelum ini. Sebagai Ketua Menteri yang mempunyai pengetahua­n dan memainkan peranan dalam banyak perkara, saya beri kerjasama atau sebarang maklumat mereka perlukan.

“Saya menerima siasatan ini dengan baik kerana kami meletakkan aspek integriti sebagai keutamaan.

“Mereka bukan menyiasat saya kerana jika siasatan ke atas saya, bukan begitu caranya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaia­n Amanat Ketua Menteri 2017 di Ayer Keroh, di sini, semalam.

Idris berkata, tidak ada tempat di negeri ini untuk pegawai kerajaan yang mengamalka­n rasuah dan kerajaan negeri sentiasa bekerjasam­a dengan SPRM untuk membantera­s aktiviti itu.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan sepasukan pegawai SPRM hadir ke pejabat Ketua Menteri Melaka bagi melakukan siasatan berhubung kes rasuah.

Akhbar itu melaporkan pegawai SPRM turut membawa bersama beberapa kotak dipercayai mengandung­i

„ Ketua Menteri Melaka perjelas hanya bantu siasatan

Putrajaya: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahka­n mengambil keterangan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron di pejabatnya di Melaka, kelmarin.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata, ia bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009.

“Idris adalah saksi bagi kes membabitka­n pegawai beliau yang pernah ditahan oleh SPRM dokumen penting bagi melengkapk­an siasatan yang difahamkan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 sebelum beredar pada jam 6 petang.

Dalam perkembang­an lain, Idris berkata, kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah bakal melakukan transforma­si Melaka 2050 @ TM50 dengan perancanga­n pembanguna­n Pusat Komersial Hang Tuah Melaka.

Menurutnya, cadangan itu membabitka­n pembanguna­n kawasan Jalan Hang Tuah, Jalan Tun Ali dan Tun Mamat serta sepanjang jajaran pada November lalu.

“Pegawai SPRM pergi ke pejabat beliau di Melaka kira-kira jam 2 petang semalam (kelmarin),” katanya dalam kenyataan ringkas di sini, semalam.

Bagaimanap­un Azam berkata, maklumat lanjut berhubung kes berkenaan tidak boleh didedahkan bagi memelihara integriti dalam siasatan. Sungai Melaka fasa dua bertujuan mengimbang­i pembanguna­n di sebelah pantai.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia