Harian Metro

Hidir hasil buku Nordin Ahmad, tamparan pada FINAS

-

Hayat Nordin Ahmad sekitar 42 tahun saja dan yang menariknya Hizir menziarahi sendiri pusara Nordin Ahmad di Pusara Abadi, Singapura. Satu usaha terpuji kerana selama ini kita dan pihak berwajib di sini tidak pernah tahu pusara di mana pusara Nordin Ahmad? Kesempatan di Singapura, memberi peluang pada Hidir menemurama­h ketiga-tiga anak angkat Allahyarha­m iaitu Asman, Tuah dan Asnor di Singapura yang berusia antara 58 hingga 70 tahun. Turut ditemurama­h adik beradik Nordin Ahmad iaitu Sidek Ahmad, 81, dan Rokiah Ahmad, 74.

Adik beradik Nordin Ahmad majoriti menetap di Pulau Pinang. Untuk menghasilk­an PST ini, Hidir sudah membelanja­kan RM30,000 bagi mencari bahan dan kajian termasuk wawanca sahabat handai seperti M Amin dan Datuk Mustapha Maarof. Proses cetak pula, Hidir mengeluark­an RM35,000 dan sebagai cetakan pertama sebanyak 1,000 naskhah akan dicetak.

Permata Seni Terbilang akan dijual RM100 senaskhah dan dijangka memasuki pasaran pertengaha­n 2017 nanti. Bila peminat mempunyai inisiatif murni begini, seharusnya diberi galakan dan sokongan umpamanya penyediaan dana kerana jika mengimbau sejarah perfileman tanah air, tidak banyak riwayat hidup tokoh perfileman dibukukan.

Untuk memastikan jualan buku itu mendapat sambutan, Hizir mendapat jaminan Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik yang mempunyai lebih 10,000 ahli. Kelab diterajui Ahmad Fauzee ini galak berkongsi maklumat mengenai seniman dan seniwati veteran di media sosial. Bahkan banyak gambar nostalgia yang eksklusif disiar untuk dikongsi sesama mereka.

Mungkin juga sebaik buku Nordin Ahmad ini diterbitka­n, pihak Finas boleh berkolabor­asi dengan Hizir cara bagaimana mengatur strategi bagi membolehka­n buku ini mendapat tempat di pasaran. Selama kajian dibuat, kata Hizir barulah dia tahu melalui cerita M Amin dalam filem Jebat arahan Hussein Hanif watak Tuah itu disaran oleh penjaga makam Hang Jebat agar dipegang oleh Mahmud Jun, sementara M Amin menjadi Patih Karma Wijaya dengan alasan M Amin kurang mengusai persilatan. Sebaliknya watak Jebat itu tetap sesuai dengan Nordin Ahmad.

Nordin Ahmad mencipta nama awal di filem terbitan Malay Filem Production (MFP) milik Shaw Brothers, berpindah ke Cathay Keris Filem sesudah mendapat nasihat P Ramlee. “Din, hang pi, di sini penuh pancaroba, tiada apa yang lebih baik dapat kuberikan padamu di sini,” begitulah antara pesan P Ramlee agar Nordin mencuba nasib di studio baru.

Nyata perpindaha­n Nordin Ahmad berbaloi kerana lakonan hebat yang ditampilka­n dalam Sri Mersing arahan Salleh Ghani dan Jebat, meletak namanya antara hero ternama yang memberi saingan pada P Ramlee. Jika menghayati lakonan Nordin Ahmad, nyatalah beliau aktor berkarisma; permainan emosinya cukup tinggi, lontaran dialognya jelas hingga membawa kita seolah-olah hidup dalam zaman Damak dan

Jebat. Moga Permata Seni Terbilang dapat menjadi khazanah berharga buat generasi akan datang ke arah menghargai tokoh filem tanah air.

 ??  ??
 ??  ?? HIDIR menziarahi pusara Nordin di Singapura.
HIDIR menziarahi pusara Nordin di Singapura.
 ??  ?? PERMATA Seni Terbilang karya Hidir.
PERMATA Seni Terbilang karya Hidir.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia