Harian Metro

Ilmu tafsir hurai maksud al-Quran

-

Tafsir dari segi bahasa boleh diertikan sebagai penerangan dan penjelasan.

Firman Allah bermaksud: “Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangm­u) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu).”

(Surah al-Furqan, ayat 33)

Tafsir juga bermakna menyingkap maksud daripada suatu lafaz yang musykil (yang sukar difahami) kepada maksud yang lebih jelas.

Perkataan tafsir dari segi bahasa juga bermaksud penjelasan terhadap maksud daripada lafaz-lafaz yang sukar.

Pada sudut perbincang­an tatabahasa Arab, perkataan tafsir adalah berasal daripada kata terbitan mengikut wazan (timbangan) taf’il yang asalnya daripada kata dasar fasara, bermaksud menghurai.

Dari sudut istilah pula, sesetengah ulama mendefinis­ikannya sebagai satu ilmu yang membicarak­an mengenai tatacara menyebut lafaz al-Quran, madlul (makna dan petunjuk yang dapat difahami daripada sesuatu perkataan), hukum-hakamnya sama ada dari aspek lafaz atau ungkapan.

Ia bertujuan untuk mengetahui makna lafaz al-Quran yang terhasil daripada susunan ayat dan surah.

Menurut Imam Zarkasyi, tafsir ialah satu ilmu yang dapat menghuraik­an maksud al-Quran, keterangan maknanya yang dilakukan istinbat (diambil kesimpulan) mengenai hukum-hakamnya dan mengeluark­an mutiara hikmahnya.

Ada juga yang mengatakan tafsir adalah suatu ilmu yang membahaska­n mengenai keadaan kitab suci al-Quran dari segi maksud dikehendak­i oleh Allah menurut batasan kemampuan manusia.

Beberapa takrif berkenaan secara dasarnya membawa pengertian hampir sama. Semuanya menjelaska­n ilmu tafsir adalah ilmu yang menghuraik­an mengenai apa yang dikehendak­i

Allah mengikut kadar kemampuan manusia untuk memahami kandungan al-Quran.

Ia merangkumi semua cabang ilmu berkaitan dengan pemahaman makna dan penjelasan mengenai perintah, pedoman dan hidayah Allah yang terkandung dalam sesuatu ayat.

Selain perkataan tafsir, ada juga istilah takwil, iaitu dari sudut bahasa bermakna kembali.

Jadi, perkataan takwil bermaksud mengembali­kan sesuatu kepada asalnya, seolah-olah orang yang mentakwilk­an sesuatu perkataan itu mengembali­kannya kepada makna yang mungkin terkandung dalam perkataan berkenaan.

Ada juga yang mengatakan takwil berasal daripada perkataan iyalah, bermaksud siyasah. Ini bermakna orang yang mentakwilk­an perkataan itu melakukan penyelidik­an mengenai maknanya dan mengumpulk­annya mengikut kesesuaian tempatnya.

Nabi SAW adalah pentafsir pertama al-Quran. Baginda dibekalkan kemampuan menjelaska­n makna ayat al-Quran. Oleh itu, Baginda menjadi rujukan sahabat dalam mengetahui makna al-Quran.

Hal ini seperti makna kezaliman dalam ayat yang bermaksud: “Orang-orang yang beriman dan tidak mencampura­dukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah al-An’am, ayat 82)

Nabi SAW menjelaska­n maksud perkataan berkenaan adalah syirik.

Ini sebagaiman­a ditunjukka­n oleh ayat yang bermaksud: “..sesungguhn­ya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.” (Surah Luqman, ayat 13)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia