Harian Metro

Terkejut ketika baring di rumah

-

Limbang: “Ketika berbaring di rumah, tiba-tiba saya dikejutkan dengan gegaran hampir 10 saat.

“Saya terkejut dan tidak menyangka ia kesan gempa bumi,” kata seorang pegawai polis, Inspektor Mohd Hairie Awang Akub, 33.

Mohd Hairie yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang berkata, gegaran jam 2.13 petang itu berlaku terlalu pantas, namun tidak menyangka ia kesan gempa bumi di Laut Sulawesi.

“Saya bersyukur kerana gegaran itu tidak menyebabka­n sebarang kejadian tidak diingini dan aktiviti seharian berjalan seperti biasa.

“Saya ada maklumkan kejadian kepada rakan setugas yang lain, namun ada antara mereka tidak merasai gegaran berkenaan,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Di Plaza Limbang, 1,000 orang awam bergegas keluar dari bangunan 11 tingkat berkenaan selepas merasai gegaran 10 saat.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 2.31 sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang dikejarkan ke Plaza

Limbang.

Menurutnya, sebaik tiba orang ramai mula berkumpul di luar bangunan berkenaan selepas merasai gegaran untuk menyelamat­kan diri kerana bimbang sekiranya berlaku gempa susulan.

“Setakat ini tiada sebarang rekahan yang dikesan di lokasi kejadian dan bangunan berkenaan disahkan selamat untuk digunakan semula dan tiada kecederaan dilaporkan.

“Orang ramai yang merasai gegaran dinasihatk­an segera keluar dari bangunan bagi tujuan keselamata­n supaya pasukan bomba dapat menjalanka­n pemeriksaa­n lanjut bagi tujuan pengesahan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba Tawau membuat pemeriksaa­n di bangunan Wisma Persekutua­n Tawau susulan gempa bumi kuat di selatan Filipina.
ANGGOTA bomba Tawau membuat pemeriksaa­n di bangunan Wisma Persekutua­n Tawau susulan gempa bumi kuat di selatan Filipina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia